Pada minggu lalu, tirai Malaysian Motocross International Festival 2023 telah melabuhkan tirainya dengan kemuncaknya penganjuran di Medini Motocross Circuit, Johor Bharu.
Pusingan akhir kejuaraan ini turut menyaksikan persaingan sengit dalam tujuh kategori utama, di mana 170 peserta bergabung untuk bersaing dalam acara ini.
Pelumba Malaysia, Mohamad Khairul Afif telah dinobatkan sebagai JUARA dalam kategori MX2 Open secara tidak langsung membuktikan prestasi luar biasa Mohamad Khairul Afif dalam arena motocross dalam bersaing dengan pelumba hebat dari luar negara apabila beliau berlumba bersama peserta tempatan dan luar negara dari Singapura dan Indonesia.
Ads
Walaupun cuaca pada sebelah petang agak mencabar, namun mereka tetap memberikan aksi terbaik dan menyajikan satu corak perlumbaan yang penuh ketegangan dan kejutan kepada peminat motocross yang hadir.
Ads
Sokongan daripada peminat dan penyokong setia amat diperlukan untuk memastikan kesinambungan kejayaan daripada Malaysian Motocross International Festival disamping merapatkan hubungan silaturrahim diantara negara luar seperti Indonesia & Singapura.
Ads
Diharapkan penganjuran seperti ini akan diteruskan untuk mencari pelapis baharu dalam sukan permotoran lasak yang bertaraf antarabangsa ini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Proton terus mengukuhkan kedudukannya di Sabah dan Sarawak dengan pelancaran X70 2025. Model SUV C-segment yang diperbaharui dengan gaya baharu dan ciri-ciri yang dipertingkatkan.
Setelah diperkenalkan kepada umum pada 15 Ogos 2024. Proton X70 2025 dilancarkan secara rasmi di dua negeri Borneo ini pada 29 Ogos. Ini menandakan komitmen Proton untuk memperkukuh jenamanya di rantau ini.
Proton X70 2025 hadir dengan pelbagai penambahbaikan, termasuk reka bentuk luaran yang lebih segar, peralatan dalaman yang lebih canggih, serta teknologi keselamatan ADAS tahap 2.
Ini semua dijangka memberikan impak besar kepada pencinta SUV, bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, malah di seluruh negara.
Sejak lima tahun diperkenalkan, X70 telah menjadi pilihan utama pelanggan di Malaysia dengan lebih 100,000 unit terjual dan tujuh anugerah berprestij. Kini, dengan kehadiran X70 2025, Proton berhasrat untuk meneruskan kejayaan ini dengan menawarkan gabungan ciri-ciri terkini dan prestasi yang tiada tandingan.
Menurut Dr Li Chunrong, CEO Proton, pelancaran ini bukan sahaja memperkenalkan kenderaan baharu. Namun turut memperkukuhkan komitmen Proton terhadap Sabah dan Sarawak.
Beliau menambah bahawa Proton sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan unik pelanggan di dua negeri ini dengan menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik.
Proton X70 2025 menampilkan gaya luaran yang dikemas kini, termasuk gril hadapan yang lebih besar dengan elemen corak songket yang elegan. Lampu utama trapezoid baharu, dan roda aloi 19 inci dengan reka bentuk dua tona warna.
Kuasanya datang daripada enjin turbo 1.5-liter yang menghasilkan 177PS dan 255Nm tork, dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan. Memastikan perubahan gear yang pantas dan lancar.
Dalaman Proton X70 2025 juga menerima peningkatan dengan penggunaan padanan warna stone-grey premium, ciri pencahayaan ambient LED. Serta skrin terapung 12.3 inci yang baharu. Ciri pengenalan suara “Hi Proton” dan Sistem Penapis Udara Pintar Proton (PIAPS) juga dikekalkan untuk keselesaan pengguna.
Bagi aspek keselamatan, Proton X70 2025 dilengkapi dengan ADAS tahap 2, yang termasuk 13 sistem keselamatan aktif seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW), Adaptive Cruise Control (ACC), dan banyak lagi.
Untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak, Proton juga menawarkan nilai tambahan sehingga RM23,500 tanpa kos tambahan untuk 3,000 pelanggan pertama yang mendaftar Proton X70 2025 mereka.
Harga On-the-road tanpa insurans untuk PROTON X70 2025 adalah seperti berikut:
Variasi Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak
Lima pilihan warna luaran ditawarkan iaitu – Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, dan Marine Blue.
Dengan pelancaran ini, Proton tidak hanya memperkukuh kehadirannya di Sabah dan Sarawak, tetapi juga menegaskan komitmennya untuk terus memberikan yang terbaik kepada pelanggannya di seluruh negara.
Audi sekali lagi telah membuktikan dirinya sebagai pengeluar yang mampu menghasilkan wagon yang cantik dan berkuasa. Penawaran terbaru mereka, Audi RS6 Avant GT, telah mencetuskan perbualan hangat dalam dunia kenderaan berprestasi.
Audi RS6 Avant GT ini mempunyai keupayaan yang memalukan kembarnya, RS6 Avant Performance, terutama dari segi pecutan. Meskipun menggunakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar yang sama seperti model Avant Performance, RS6 Avant GT mampu memecut dari 0-96 km/j dalam masa hanya 3.2 saat, atau 0.1 saat lebih cepat.
Dengan kuasa sekitar 621 hp dan 847 Nm tork, RS6 Avant GT mampu mencapai kelajuan 200 km/j dalam hanya 11.5 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 306 km/j.
Audi turut menaiktaraf aspek gantungan wagon ini, dengan suspensi gegelung boleh laras secara manual yang mampu menurunkan ketinggian sebanyak 10 mm.
Ini diikuti dengan bar pengimbang, peredam boleh laras elektronik tiga tahap, dan komponen pembeza yang telah dinaiktaraf.
Selain itu, keempat-empat roda turut dipasangkan dengan rim bersaiz 22 inci yang dibaluti dengan tayar Continental Sport Contact 7 untuk memastikan cengkaman yang optimum di atas jalan.
Liveri luaran Audi RS6 Avant GT ini banyak diilhamkan oleh jentera lumba legenda Audi 90 Quattro IMSA GTO, dan untuk pertama kalinya, ia dilengkapi dengan hud gentian karbon.
Bagi ruang kabin wagon ini pula, ia dilengkapi dengan balutan kulit hitam dan Alcantara, diikuti dengan jahitan berwarna merah pada tempat duduk jenis sports bucket.
Difahamkan, hanya akan dihasilkan 660 unit Audi RS6 Avant GT untuk seluruh dunia, dan harga jualannya akan diumumkan kelak. Antara kenderaan mewah yang menampilkan keanggunan dan kekuatan, Audi RS6 Avant GT menjadi pilihan yang menarik bagi peminat kenderaan berprestasi tinggi.
Sebagai seseorang yang membesar dengan filem terbitan P.ramlee, pasti anda pernah menonton filem berjudul Anak Bapak dan terdapat salah satu babak di dalam filem ini ketika P.ramlee menaiki sebuah kereta seakan sebuah jeep menjemput ayahnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang Hari ini penulis ingin berkongsi sedikit mengenai kereta unik tersebut.
Kereta yang digunakan di dalam filem anak bapak tersebut adalah daripada model Morris Mini Moke ‘970S’ tahun 1965. Mini Moke ialah kenderaan kecil pacuan roda hadapan dan dihasilkan sebagai kenderaan tentera ringan oleh British Motor Corporation (BMC), dan kemudiannya dipasarkan untuk kegunaan awam di bawah jenama Austin, Morris, Leyland dan Moke .
Model Mokes buatan British telah dipasang dengan enjin empat sebaris melintang 848 cc yang rendah, menggunakan suspensi, kotak gear dan roda 10 inci yang sama seperti model Mini yang lain. Pada asalnya, tempat duduk penumpang, pengelap cermin depan dan bahagian atas kanvas boleh ditanggalkan adalah peralatan pilihan, dipasang oleh pemiliknya.
Harga asas untuk model Moke pada Ketika itu ialah £405 (RM2400). Mokes “Mk I” mempunyai pengelap cermin depan tunggal dan suis celup lampu depan yang dipasang di lantai, dan satu-satunya warna yang tersedia ialah Spruce Green. Pada tahun 1967, “Mk II” Moke menambah pengelap cermin sebelah penumpang. Kawalan hon dan lampu depan dialihkan ke tangkai penunjuk dan Mokes British yang kemudiannya juga boleh didapati dalam warna putih.
Model Moke juga pernah digunakan di dalam filem James Bond 007 dan yang lebih menarik pengeluaran model Moke masih diteruskan termasuk juga mereka menghasilkan model edisi terhad Raikan 60 tahun filem James Bond denga kerjasama terbaru Moke America dengan EON Productions dan 007.
The Moke telah muncul dalam empat filem 007: You Only Live Twice (1967), Live and Let Die (1973), The Spy Who Loved Me (1977) dan Moonraker (1979). 007 Moke edisi terhad ini menampilkan bahagian luar berwarna biru tengah malam, papan pemuka kayu “Mango Tree”, penutup tayar titik jujukan, stereng kayu, tombol anjakan gear kayu dan banyak lagi pilihan unik.
Kini, model ini dijual dengan harga $29,975 (RM136,500) dan sudah pasti kenderaan ini merupakan kenderaan EV selaras dengan perkembangan pesat kemajuan teklogi kenderaan EV di dunia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Asia Automotive Award Iktiraf Kepercayaan Mekanik Terhadap Castrol
Dalam ekosistem automotif Malaysia, bengkel memainkan peranan yang jauh lebih signifikan daripada sekadar pusat servis.
Di sinilah keputusan...