
Kawasaki kembali memanaskan segmen retro moden dengan memperkenalkan Z900RS 2026, menampilkan bukan sekadar warna baharu, tetapi peningkatan menyeluruh pada aspek prestasi, kawalan dan teknologi. Dua varian ditawarkan iaitu Z900RS Standard dan Z900RS SE berprestasi tinggi, masing-masing mengekalkan gaya “retro-sport” yang menjadi identiti kuat model ini sejak diperkenalkan.
Menjana jantung Z900RS 2026 ialah enjin 948cc empat silinder sebaris DOHC
, yang kini menghasilkan 113.9 hp pada 9,300 rpm dan tork 72 lb-ft, meningkat berbanding versi 2025 (109 hp, 70 lb-ft).Model ini kini menerima Electronic Throttle Valve (ETV) dan cruise control elektronik untuk keselesaan jarak jauh.
Paling menarik, model ini kini dilengkapi IMU (Inertial Measurement Unit) yang membuka akses kepada sistem bantuan penunggang seperti:
Kawasaki Cornering Management Function (KCMF) – membantu kestabilan ketika membrek atau mengambil selekoh.
Kawasaki Quick Shifter (KQS) dua hala – membolehkan penukaran gear tanpa klac, sama ada naik atau turun.
Kedua-dua varian menggunakan fork terbalik 41 mm
dengan pelarasan mampatan, lantunan dan pra-beban.Estetika kekal menjadi daya tarikan utama. Versi 2026 menampilkan ekzos gaya megaphone baharu dan paip ekzos yang direka semula bagi memberikan aliran gas dan bunyi yang lebih garang.
Pilihan warna turut diperbaharui:
Z900RS Standard: Candy Tone Red & Black Ball Edition
Z900RS SE: Metallic Spark Black
Harga rasmi masih belum diumumkan, namun Kawasaki mengesahkan model ini akan mula dijual bermula Januari 2026
.Menariknya, pasaran Jepun turut menerima varian Z900RS Café Racer dengan gaya tangki dan fairing hadapan klasik – namun versi ini masih belum disahkan untuk pasaran antarabangsa.
Baca Juga : Kawasaki Z900 2025 Dilancarkan, Harga Bermula RM47,800
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.