Automotif

Kawasaki Perkenalkan Ninja e-1 dan Z e-1, Elektrifikasi Motosikal Bagi Meningkatkan Pengalaman Pemanduan

Share

Kawasaki Motor Japan telah mengubah landskap motosikal dengan pengumuman mengejut tentang pelancaran dua model motosikal elektrik mereka, Ninja e-1 dan Z e-1, untuk pasaran Jepun.

Tarikh penjualan yang dinantikan telah ditetapkan iaitu pada 13 Januari 2024, membawa angin segar kepada pencinta motosikal yang mencari pengalaman elektrik yang canggih.

Kedua-dua model Ninja e-1 dan Z e-1 mempamerkan kekuatan motor elektriknya dengan output maksimum 12 PS dan daya kilas mencapai 40 Nm.

Ditambah dengan dua unit bateri lithium-ion 30 Ah, model masing-masing mempunyai jarak perjalanan yang memuaskan, dengan Ninja e-1 mampu menjangkau 55 km dan Z e-1 menampilkan jarak 53 km dalam satu pengecasan penuh.

Teknologi Inovatif

Kawasaki tidak berkompromi dalam menyematkan teknologi terkini pada kedua-dua model ini. Dari fork hadapan teleskopik 41 mm, suspensi belakang Uni-Trak, hingga casis trellis frame yang di inspirasi daripada motosikal 400 cc, setiap komponen dirancang dengan teliti untuk memberikan pengalaman pemanduan yang mengagumkan.

Kredit Foto: Careta.my

Perincian canggih seperti fungsi e-boost yang dapat meningkatkan daya pecutan dan kelajuan secara mendadak dalam tempoh 15 saat, mod Walk untuk kestabilan ketika berjalan dengan kelajuan rendah.

Ia juga mempunyai  kemampuan untuk mengundur pada kelajuan 3 km/j, semuanya menjadikan motosikal ini pilihan yang menarik. 

Paparan Informasi yang Mudah

Kawasaki tidak lupa akan keperluan maklumat yang senang diperoleh. Skrin paparan TFT bersaiz 4.3 inci memberikan akses mudah kepada semua data penting. Bahagian atas ruang bateri yang luas juga memberikan kemudahan untuk membawa barangan kecil sebesar lima liter.

Dengan fokus yang jelas pada prestasi, teknologi canggih, dan keselesaan pengguna, Kawasaki memasuki pasaran motosikal elektrik dengan mantap. Ninja e-1 dan Z e-1 menjanjikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan sambil mengekalkan identiti dan kualiti prestasi yang diiktiraf daripada jenama terkenal, Kawasaki.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan