Pada 20 Julai lalu, Kawasaki Motors, sebahagian daripada Kumpulan Kawasaki Heavy Industries telah mengadakan demonstrasi umum pertama untuk motosikal berteknologi enjin pembakaran dalaman hidrogen (ICE).
Acara ini diadakan di Litar Suzuka, Bandaraya Suzuka Jepun, dan disaksikan oleh ramai peminat automotif serta media.
Reka Bentuk dan Kejuruteraan Termaju
Motosikal ICE hidrogen ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada kajian yang bermula pada Mac 2023, dengan ujian pertama dijalankan pada tahun ini.
Model ini menggunakan Enjin Empat Sejajar 998 cm3 Supercharged dari Kawasaki Ninja H2.
Enjin tersebut telah diubahsuai untuk membolehkan suntikan langsung bahan api hidrogen ke dalam silinder.
Selain itu, casis motosikal ini direka khas untuk menampung kanister bahan api hidrogen dan sistem bekalan bahan api yang diperlukan.
Ads
Keunikan Teknologi Pembakaran Hidrogen
Motosikal ini menggunakan teknologi pembakaran hidrogen yang menghasilkan deruman bunyi dan getaran yang memberikan pengalaman memuaskan kepada penunggang.
Berbeza dengan enjin pembakaran dalaman tradisional, motosikal ini hanya mengeluarkan air sebagai produk sampingan, menjadikannya pilihan yang lebih mesra alam.
Ads
Inisiatif Karbon Neutral Kawasaki Motors
Sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk menyokong teknologi hijau, Kawasaki Motors sedang giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi merealisasikan penggunaan motosikal dengan enjin hidrogen ini.
Mereka mensasarkan untuk memperkenalkan motosikal ini kepada pasaran pada awal 2030 sebagai satu pilihan mesra alam kepada penunggang.
Ads
Komitmen Kawasaki Terhadap Teknologi Hijau
Kawasaki Motors juga merupakan ahli penuh dalam HySE (Hydrogen Small mobility & Engine technology), sebuah persatuan penyelidikan yang memfokuskan kepada teknologi hidrogen.
Persatuan ini sedang menjalankan penyelidikan asas mengenai enjin hidrogen, sistem pengisian bahan api hidrogen, dan sistem bekalan bahan api bagi menghasilkan kenderaan mobiliti kecil berkuasa hidrogen, termasuk motosikal.
Dengan inisiatif ini, mereka berharap dapat menyumbang kepada kebahagiaan dan kepuasan semua pihak yang terlibat dalam perjalanan mereka ke arah masa depan yang lebih hijau.
Tesla Malaysia telah memperkenalkan program rujukan “Refer and Earn” yang bertujuan untuk mendorong pemilikan kereta elektrik di pasaran Malaysia. Langkah inovatif ini memberikan peluang kepada pelanggan untuk menikmati manfaat eksklusif melalui rujukan kepada individu yang pertama kali memesan dan membeli produk Tesla melalui Akaun Tesla mereka.
Dalam program ini, terdapat dua jenis manfaat yang ditawarkan kepada peserta iaitu Referral Credits dan Loyalty Benefits.
Referral Credits:
Pelanggan yang mengajak rakan atau ahli keluarga menggunakan pautan rujukan untuk membeli produk Tesla pertama kali akan menerima kredit sebanyak 5,000. Langkah ini tidak hanya memberi insentif kepada pelanggan, tetapi juga menyumbang kepada peningkatan penjualan produk Tesla.
Loyalty Benefits:
Manfaat Loyalty pula memberikan peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan kredit sehingga 10,000 apabila mereka membeli produk Tesla yang sah menggunakan Akaun Tesla. Ini adalah cara Tesla memberi penghargaan kepada pelanggan yang setia kepada jenama mereka.
Proses penyertaan dalam program ini sangat mudah, pemilik Tesla hanya perlu berkongsi mesej rujukan atau pautan dari seksyen “Refer and Earn” di dalam profil aplikasi Tesla. Ini membuka peluang kepada pemilik Tesla untuk mendapatkan manfaat tambahan melalui rujukan produk kepada rakan-rakan mereka.
Peserta program juga berpeluang untuk menebus kredit yang diperoleh untuk manfaat melalui aplikasi Tesla. Ini termasuklah kredit untuk penggunaan Supercharger, pembelian pakaian dan barangan Tesla, serta pelbagai manfaat lain.
Maklumat lanjut mengenai program “Refer and Earn” boleh diperolehi melalui aplikasi Tesla atau melalui laman web rasmi Tesla di www.tesla.com/en_my/event/tesla-referandearn-malaysia. Jom sertai program ini dan rasakan pengalaman memandu kereta elektrik Tesla yang futuristik!
Seiring dengan sambutan 60 tahun sejak pelancaran ikonik Mustang oleh Ford, syarikat tersebut telah mengumumkan edisi terhad Mustang untuk tahun 2025. Ford merancang untuk menghasilkan hanya 1,965 unit sahaja edisi khas ini, menjadikannya sebuah kereta “Limited Edition” untuk para pengumpul dan peminat Ford Mustang.
Edisi khas ini tersedia secara eksklusif dalam model coupe dan convertible GT Premium. Pembeli boleh memilih cwarna merah, putih, atau biru dan terdapat juga pilihan palet trim luaran berwarna kelabu, merah, dan perak. Hadir dengan rim reka bentuk klasik Mustang bersaiz 20 inci dan “rim cap” aluminium bewarna merah beserta logo mustang, model ini mirip model Ford Mustang yang dihasilkan pada tahun 1965.
Mustang Edisi Ulang Tahun ke-60 ini menampilkan lencana pada fender dan bagasi yang terinspirasi dari lencana “cloisonné” Mustang 1965. Teknik kuno ini melibatkan penggunaan “glass paste” berwarna dalam rekaan yang dibakar pada suhu tinggi untuk menghasilkan kesan yang berwarna-warni dan menyerupai enamel.
Di bahagian dalam, edisi ulang tahun ini disertakan dengan lencana panel instrumen bersiri yang menambah keunikannya. Rekaan dalaman Mustang ini juga menyamai skema warna luaran, menampilkan perincian yang serupada dengan tema model kereta tahun 1960-an.
Mustang juga dilengkapi dengan lampu depan Nite Pony yang bewarna “smoke” dan reka bentuk gril mesh, yang kedua-duanya berfungsi sebagai penghormatan kepada Model Mustang asal tahun 1964 iaitu model yang tetap menjadi titik perdebatan sejarah dalam kalangan peminat Mustang.
Mustang Ulang Tahun ke-60 dijangka tersedia untuk ditempah pada pertengahan tahun ini. Walaupun Ford belum mendedahkan harga, keunikan dan ciri khas edisi ini dijangka akan menjadi rebutan peminat tegar Ford Mustang.
Menarik tentang model ini adalah pengeluaran Ford Mustang masih diteruskan walaupun sudah berdekat lamanya dan masih mendapat perhatian walaupun banyak model-model kereta lain yang lebih berkuasa dan menarik.
Kami sentiasa menunggu siapakah individu Malaysia yang pertama akan menggunakan Ford Mustang edisi terbaharu ini atau lebih menarik model “Dark Horse”. Kita sama-sama nantikan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Boon Siew Honda memperkenalkan warna baharu untuk model Honda RS-X 150 2024 – Mat Ion Blue Metallic. Pengenalan warna ini menambah pilihan menarik kepada penggemar motosikal yang mencari gaya yang segar dan unik.
Warna baharu ini bakal berada di pengedar Honda sah di seluruh negara bermula esok, 22 Februari 2024. Dengan harga disyorkan bermula dari RM9,798.
RS-X 150 tampil dengan kekuatan enjin silinder tunggal 149.2 cc yang menghasilkan 15.8 HP dan 13.6 Nm tork. Hadir dengan transmisi enam kelajuan, motosikal ini menawarkan prestasi yang seimbang dan responsif untuk pengalaman pemanduan yang memuaskan.
Di samping warna baharu yang memukau, RS-X 150 tetap mengekalkan ciri-ciri standard termasuk sistem brek ABS saluran tunggal di hadapan. Ia juga dilengkapi dengan unit lampu LED penuh untuk pencahayaan yang terang dan jelas, serta meter digital penuh yang memudahkan pembacaan maklumat pemanduan.
Dengan kombinasi kekuatan, prestasi, dan gaya yang menarik, Honda RS-X 150 2024 dalam warna Mat Ion Blue Metallic adalah pilihan yang menarik bagi peminat motosikal yang mencari pengalaman pemanduan yang serba lengkap dan memuaskan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Motosikal moped dan skuter adalah kenderaan yang popular di Malaysia. Terutama untuk kegunaan harian. Namun, untuk memastikan motosikal anda tahan lama dan sentiasa berfungsi...