Ads

BYD Tech Discovery Singgah di Johor Bahru

BYD Tech Discovery Singgah Johor Bahru

BYD Malaysia bersama DENZA, jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD, dengan kerjasama BYD Sime Motors selaku pengedar rasmi, meneruskan jelajah nasional BYD Tech Discovery ke Johor Bahru.

Ini merupakan pusingan kedua pameran berasaskan teknologi tersebut selepas sambutan menggalakkan di Kuala Lumpur pada tahun 2025.

Pameran Interaktif BYD Tech Discovery Empat Hari di Selatan Tanah Air

Acara ini berlangsung selama empat hari bermula 22 hingga 25 Januari 2026 di Padang (A) Akasia @ Angsana Johor Bahru Mall.

Ia direka sebagai platform pameran interaktif yang memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat, memahami dan merasai sendiri teknologi kenderaan elektrik BYD dalam suasana yang mesra pengguna dan berorientasikan pendidikan.

BYD Tech Discovery Singgah di Johor Bahru

BYD kini tampil sebagai jenama kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) nombor satu di Malaysia, disokong oleh rangkaian infrastruktur yang semakin berkembang.

Sejak memasuki pasaran tempatan, BYD telah membina lebih 40 cawangan di seluruh negara, dengan jumlah pemilik kini mencecah kira-kira 27,000 unit BYD dan 1,200 unit DENZA.

BYD Tech Discovery Singgah di Johor Bahru

Ads

BYD Tech Discovery, Inisiatif Memacu Kesedaran dan Penerimaan EV

Penganjuran BYD Tech Discovery merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik BYD untuk meningkatkan tahap kefahaman orang ramai terhadap teknologi EV serta mempercepatkan peralihan kepada pengangkutan pintar dan lestari.

Usaha ini selari dengan sasaran Kerajaan Negeri Johor untuk mencapai 15,840 unit kenderaan elektrik menjelang tahun 2030, disokong oleh peluasan rangkaian infrastruktur pengecasan di negeri berkenaan.

BYD Tech Discovery Singgah di Johor Bahru

Komitmen Pendidikan EV kepada Masyarakat

Menurut Pengarah Urusan BYD Malaysia, penganjuran pameran ini di selatan tanah air adalah langkah penting bagi mendekatkan pendidikan EV kepada masyarakat yang masih kurang terdedah kepada teknologi ini.

Pendekatan secara langsung dan interaktif diyakini mampu membantu pengguna memahami kelebihan EV secara lebih menyeluruh, sekali gus menggalakkan penerimaan jangka panjang terhadap mobiliti lestari.

Ads

BYD Tech Discovery Singgah di Johor Bahru

Aktiviti Menarik Sepanjang Pameran

Sepanjang BYD Tech Discovery, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti dan demonstrasi teknologi, antaranya aksi kejuruteraan seperti demonstrasi jambatan bonggol dan gandar silang, pandu uji model BYD dan DENZA terbaharu, serta demonstrasi ciri keselamatan dan sistem bantuan pemanduan termasuk pusingan 360 darjah dan pergerakan jalan ketam.

BYD Tech Discovery Singgah di Johor Bahru

Stesen interaktif turut disediakan bagi menerangkan teknologi utama BYD seperti Bateri Bilah, e-Platform 3.0 dan sistem pintar yang menjadi asas kepada kecekapan, keselamatan dan prestasi kenderaan elektrik keluaran jenama ini. Pakar teknikal berada di lokasi bagi memberi penerangan secara langsung kepada pengunjung.

Ads

BYD Tech Discovery Singgah di Johor Bahru

Bagi melengkapkan pengalaman seisi keluarga, zon gaya hidup turut disediakan dengan minuman percuma, kawasan permainan kanak-kanak serta cenderahati eksklusif.

Pengunjung yang berminat untuk memiliki kenderaan BYD atau DENZA juga berpeluang menikmati tawaran khas pameran dan menyertai cabutan bertuah dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM38,888.

Terbuka Kepada Semua

BYD Tech Discovery di Johor Bahru dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam tanpa memerlukan sebarang prapendaftaran.

Pameran ini mengalu-alukan kehadiran semua lapisan masyarakat, sama ada pemerhati industri, bakal pembeli atau keluarga yang ingin mengenali lebih dekat masa depan pengangkutan elektrik.

Baca Juga : “BYD Tech Discovery” Bawa Teknologi EV Lebih Dekat

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Alami Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya merupakan situasi yang tidak diingini oleh mana-mana pemandu, namun realitinya ia boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa amaran.Tidak kira sama ada...