BUDI95 Kini Dalam Shell App, Lebih Mudah, Lebih Nilai & RM2 Juta Ganjaran Menanti
Shell Malaysia kini melangkah setapak lagi dalam usaha pendigitalan perkhidmatannya apabila integrasi BUDI95 secara rasmi diperkenalkan dalam Shell App.
Langkah ini bukan sekadar memudahkan proses penebusan subsidi petrol, malah memperkukuh ekosistem mobiliti Shell yang semakin berorientasikan digital dan mesra pengguna.

Akses Subsidi Terus Dalam Aplikasi
Dengan kemas kini terbaharu ini, pengguna hanya perlu melengkapkan eKYC Touch ‘n Go eWallet sekali sahaja di dalam Shell App. Setelah disahkan, butang BUDI95 akan tersedia dalam aplikasi untuk membolehkan pembayaran minyak dibuat secara terus, sekaligus menikmati harga subsidi tanpa sebarang langkah tambahan.
Pendekatan ini menghapuskan kebergantungan kepada kad fizikal, memendekkan proses mengisi minyak, dan menambah tahap keselamatan melalui transaksi digital.

Selari Dengan Peralihan Landskap Subsidi Negara
Shell menyatakan bahawa integrasi BUDI95 ini seiring dengan keperluan pengguna yang semakin mencari cara untuk memaksimumkan penjimatan harian.
Menurut Seow Lee Ming, General Manager Shell Mobility & Convenience Malaysia,:
“Kami percaya Shell App dengan BUDI95 dapat membantu rakyat Malaysia yang sentiasa mencari cara untuk memaksimumkan setiap ringgit. Misi kami mudah untuk menjadikan pengalaman mengisi minyak lebih mudah dan lebih berbaloi. Dengan Shell FuelSave95 yang lebih efisien dan aplikasi yang serba lengkap, pelanggan boleh menikmati nilai terbaik pada setiap lawatan.”

Beliau turut menambah bahawa kemas kini ini menggabungkan ciri-ciri utama dalam satu platform antaranya pembayaran lebih selamat, kepelbagaian promosi, serta akses lebih pantas kepada BUDI95. Hasilnya, proses mengisi minyak bukan saja lebih lancar, tetapi juga lebih memberi pulangan kepada pengguna.
Pengalaman Lebih Lengkap di Stesen Shell
Walaupun fokus diberikan kepada kemudahan digital, Shell turut menekankan bahawa pengalaman fizikal di stesen tetap menjadi keutamaan. Dengan adanya rangkaian Shell Select, Shell Helix, Shell Advance, perkhidmatan penjagaan kereta serta kemudahan harian, setiap lawatan pelanggan diberi nilai tambah dari pelbagai aspek.
Penggabungan antara kemudahan digital dan perkhidmatan fizikal ini memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman yang konsisten mudah, selesa dan berbaloi.

Dua Kempen Ganjaran Eksklusif Dalam Shell App
1. RM2 Juta Baucar Shell Untuk Direbut
Pengguna yang melengkapkan eKYC TNG eWallet dalam Shell App dan membuat transaksi BUDI95 minimum RM10 akan menerima baucar RM5 secara automatik. Pengguna baharu aplikasi pula menerima baucar tambahan RM5 sebagai hadiah selamat datang.
Secara keseluruhan, Shell menyediakan RM2 juta baucar untuk rakyat Malaysia. Siapa cepat dia dapat!

2. Menangi Minyak Percuma Selama 3 Tahun
Selain itu, pelanggan yang membeli pelincir Shell Helix atau Shell Advance di mana-mana stesen Shell akan menerima baucar khas yang boleh ditebus dalam aplikasi. Penebusan ini secara automatik mendaftarkan mereka ke dalam Free Fuels Contest, menawarkan peluang memenangi bahan api percuma untuk tempoh tiga tahun.

Shell mengajak semua pengguna untuk memuat turun Shell App dan mengaktifkan BUDI95 bagi menikmati pengalaman mengisi minyak yang lebih lancar, selamat dan penuh ganjaran.
Baca Juga : Tahukah Anda Bagaimana Minyak Petrol Diproses?
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
















