Topi keledar merupakan suatu alat yang digunakan untuk melindungi kepala daripada sebarang bentuk kecederaan. Ketika zaman penjajah,  topi keledar digunakan oleh hulubalang untuk menjaga bahagian kepala mereka daripada pukulan senjata sewaktu berperang. Namun pada masa kini, penggunaan topi keledar merupakan suatu kewajipan sekiranya anda menunggang motosikal.

Kemajuan teknologi pada masa kini telah menghasilkan pelbagai jenis reka bentuk topi kelendar dengan teknologi yang menarik. Hari ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca jenis-jenis inovasi teknologi topi calendar yang mempunyai ciri-ciri unik dan moden untuk penggguna motosikal.

 

Topi keledar dilengkapi pembesar suara

Syarikat pengeluar topi keledar Sena, mengeluarkan sebuah topi keledar lengkap dengan teknologi Mesh Intercom dan Bluetooth Intercom serta pembesar suara dan mikrofon premium oleh pakar audio Harman Kardon. Topi keledar ini lengkap dengan pembesar suara dan mikrofon bersepadu yang membawa tahap ketepatan dan kejelasan terhadap audio dalam topi keledar.

Inovasi Teknologi Untuk Topi Keledar Anda
Kredit foto: sena.com

Topi keledar dilengkapi kamera

Ads

Sena juga menghasilkan topi keledar yang lengkap dengan fungsi kamera. Reka bentuk kamera yang kecil membolehkan penunggang merakam tunggangan mereka dengan mudah menerusi satu sentuhan butang kamera di bahagian atas topi keledar. Kamera pada motosikal ini mampu untuk merakam visual berdurasi 2 jam. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan WiFi supaya anda boleh melihat dan memuat turun rakaman pada telefon pintar anda dengan serta-merta.

Inovasi Teknologi Untuk Topi Keledar Anda
Kredit foto: sena.com

Topi keledar yang mempunyai intercom

Topi keledar juga mempunyai satu ciri tambahan yang dijual berasingan iaitu intercom. Intercom merupakan satu alat di mana anda boleh berbual dengan pembonceng yang berada di belakang anda semasa menunggang motosikal. Jadi tidak perlu lagi anda untuk menjerit jika hendak berbual dengan pembonceng di belakang anda. Terdapat banyak produk intercom di pasaran dan yang membezakan produk tersebut adalah daripada segi kualiti dan harga.

Inovasi Teknologi Untuk Topi Keledar Anda
Kredit foto: Sena.com

 

Ads

Pengelap cermin (wiper) untuk topi keledar

Menunggang motosikal Ketika hujan sudah pasti akan mempengaruhi jarak penglihatan anda kerana pelitup topi keledar anda telah dibasahi air. Namun, terdapat pengeluar telah menghasilkan pengelap cermin (wiper) untuk dipasang di topi keledar anda. Produk ini amat kecil dan menggunakan bateri yang perlu di cas sebelum menggunakannya.

Inovasi Teknologi Untuk Topi Keledar Anda

Ads

 

Topi keledar yang mempunyai pendingin hawa

Penyelidik Amerika Steve Feher telah melancarkan topi keledar lengkap dengan pendingin hawa pertama di dunia yang didakwa dapat menurunkan suhu sebanyak 10-15º Fahrenheit (6-8ºC). Topi keledar yang diberi nama ACH-1 setakat ini hanya tersedia untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja  dan dijual  pada harga $US599 (kira-kira RM2,800).

Inovasi Teknologi Untuk Topi Keledar Anda
Kredit foto: feherhelmets.com

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok. 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI