Automotif

IAM International Automodified 2025 Kini Kembali!

Share

IAM International Automodified 2025 Bakal Gegarkan KL Ogos Ini 200 Jentera Modifikasi Pamer Gaya Ekstrem!

Sempena ulang tahun ke-25 dalam industri gaya hidup modifikasi automotif, IAM International Automodified kembali semula ke Malaysia dengan penganjuran edisi istimewa di Kuala Lumpur Ogos ini!

Bertempat di Setia City Convention Centre, acara ini akan berlangsung pada 16 dan 17 Ogos 2025, menampilkan lebih 200 buah kereta modifikasi terbaik Malaysia.

Sejarah IAM

Acara yang sinonim dengan dunia tuning dan gaya hidup automotif serantau ini bukanlah asing bagi peminat modifikasi.

Bermula sejak 2001, IAM telah menjelajah lebih 38 bandar di seluruh Indonesia dan kemudiannya mengembangkan sayap ke Malaysia, Singapura, Thailand, dan terbaru di  Amerika Syarikat menerusi acara sulung IAM International Automodified America di Anaheim, California tahun lalu.

Bakal berlangsung pada 16 dan 17 Ogos 2025 di Setia City Convention Centre, IAM & MIME Kuala Lumpur 2025 menjanjikan sebuah hujung minggu yang padat dengan adrenalin dan kereta-kereta yang menarik.

Selain lebih 200 buah kereta modifikasi tempatan dan antarabangsa yang bakal dipamerkan.

Acara ini turut akan menyaksikan kehadiran komuniti peminat, tetamu VIP, dan penggiat industri

dari seluruh rantau.

Antara tarikan utama termasuk:

  • International Diecast Show

  • Persembahan pentas dan sesi bual bicara

  • Pameran drift & sesi tandatangan bersama pelumba

  • Pertandingan dyno & cabaran gokart

  • Car clubs parade, jual beli kereta, detailing & live wrap show

  • Simulasi perlumbaan, RC drift, cosplay, bola jalanan & Starwars Fan Club Nite

  • Cars & Carings – program amal komuniti

  • Food trucks & kemunculan Miss IAM

Tiket pra-jualan kini boleh dibeli pada harga RM25 di http://t2u.asia/e/34477, manakala tiket walk-in akan dijual pada harga RM35.

Kanak-kanak di bawah 10 tahun masuk percuma dengan pengawasan orang dewasa.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.internationalautomodified.com

IAM 2025 bukan sekadar pameran ia adalah perayaan automotif sebenar!

Jika anda tidak pernah menyertai acara ini pada tahun-tahun sebelumnya, mungkin ini adalah peluang anda untuk melihat sendiri kehebatan scene car culture yang ada di Malaysia.

Baca Juga Boon Siew Honda Bawa Masuk Empat Model Ke Pasaran Tempatan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi