
Hyundai STARIA terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen MPV apabila varian Prestige 7 tempat duduk dinobatkan sebagai MPV ICE of the Year 2025 pada anugerah Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2025.
Pengiktirafan ini membuktikan keupayaan STARIA sebagai sebuah MPV yang menggabungkan keselesaan premium, ciri keselamatan canggih serta praktikaliti harian yang sesuai untuk keluarga moden di Malaysia.
Varian Hyundai STARIA Prestige 7 tempat duduk hadir dengan pakej keselamatan pintar Hyundai SmartSense yang menyeluruh. Antara ciri utama termasuk Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Lane Keeping Assist (LKA), Lane Following Assist (LFA) dan Smart Cruise Control (SCC).
Gabungan teknologi ini bukan sahaja meningkatkan tahap keselamatan, malah memberikan pengalaman pemanduan yang lebih yakin, lancar dan selesa, sama ada dalam trafik bandar mahupun perjalanan jarak jauh.
Hyundai Motor Malaysia turut memperkukuh barisan STARIA dengan memperkenalkan naik taraf terkini bagi varian 10 tempat duduk. Penambahbaikan ini direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup keluarga moden, pengguna perniagaan serta individu aktif yang memerlukan ruang dan fleksibiliti maksimum.
Dengan harga bermula dari RM179,888 hingga RM267,888, STARIA kini menawarkan susun atur kabin hadapan yang dikonfigurasi semula melalui penyingkiran tempat duduk tengah di barisan hadapan. Perubahan ini memberikan ruang tambahan kepada pemandu dan penumpang hadapan, sekali gus meningkatkan tahap keselesaan.
Menggantikan tempat duduk tengah, Hyundai memperkenalkan konsol lantai baharu yang lebih praktikal dan fungsional. Konsol ini dilengkapi pelbagai ciri kemudahan seperti pemegang cawan boleh tanggal, pemegang cawan boleh laras, ruang simpanan, serta laci khas untuk barangan peribadi dan peranti kecil.
Penambahbaikan ini meningkatkan kecekapan pengurusan ruang dalam kabin, menjadikan STARIA 10 tempat duduk lebih mesra pengguna untuk kegunaan keluarga, kerja atau pelbagai tujuan.
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, Hyundai Motor Malaysia menawarkan promosi Total Drive Rewards bagi model terpilih, termasuk STARIA 10 tempat duduk yang dinaik taraf.
Pelanggan berpeluang menikmati rebat tunai sehingga RM20,000, selain tawaran menarik bagi model Hyundai lain seperti TUCSON baharu dan SANTA FE serba baharu.
Orang ramai boleh mengunjungi bilik pameran Hyundai yang sah di seluruh negara untuk melihat STARIA 10 tempat duduk yang dinaik taraf serta membuat pandu uji.
Baca Juga : Hyundai Buktikan Komitmen ‘Here to Stay’ di Malaysia, Hyundai STARIA CKD Dilancarkan
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.