Automotif

Hong Leong Yamaha Motor Taja Pasukan Ragbi 7s Kebangsaan

Share

Hong Leong Yamaha Motor Umum Penajaan RM200,000 Kepada Pasukan Ragbi 7s Kebangsaan 

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) meneruskan komitmennya dalam pembangunan sukan negara dengan menaja pasukan ragbi kebangsaan lelaki dan wanita 7-sebelah, dikenali sebagai Bungaraya 7s, dalam persiapan menghadapi Sukan SEA ke-33 yang dijadual berlangsung di Thailand hujung tahun ini.

Sebagai Penaja Perak, HLYM telah menyalurkan sumbangan bernilai RM200,000.

Sumbangan ini bagi menyokong aspek latihan, pembangunan, pemakanan serta elaun atlet kedua-dua skuad kebangsaan.

Penyerahan penajaan tersebut dirasmikan dalam satu majlis yang berlangsung di Genblu Café

, dalam kawasan ibu pejabat HLYM di Sungai Buloh.

Sokongan Padu Buat Atlet Negara

Majlis tersebut turut dihadiri oleh pemain lelaki dan wanita Bungaraya 7s.

Selain itu barisan kepimpinan Malaysia Rugby yang diketuai oleh Presiden, Encik Amir Amri bin Haji Mohamad.

Turut serta wakil HLYM yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Profesor Dato’ Dr. Jim Khor Mun Wei, bersama ahli pengurusan kanan dan pihak media.

Pasukan Bungaraya 7s sebelum ini pernah mencipta kejayaan di pentas serantau, termasuk memenangi pingat perak dan gangsa pada Sukan SEA 2019.

Selain itu mereka juga memenangi naib juara Kejohanan Asia Tenggara 7s yang berlangsung di Singapura.

Menyemai Nilai-Nilai Sukan Dalam Jenama

Dalam ucapannya, Encik Amir Amri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada HLYM atas kesudian menjadi penaja pasukan kebangsaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa majoriti pemain terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi yang sentiasa menunjukkan disiplin, komitmen serta semangat tinggi dalam menghadapi latihan dan kejohanan, walaupun berdepan kekangan dari segi sumber dan masa.

Sementara itu, Dato’ Dr. Jim Khor menekankan bahawa nilai seperti semangat juang, daya tahan dan kerjasama pasukan adalah selari dengan falsafah jenama Yamaha.

Menurut beliau, penajaan ini diharap dapat menyokong keperluan penting atlet agar mereka dapat beraksi dengan lebih cemerlang di temasya Sukan SEA akan datang.

Kolaborasi Istimewa: Genblu Café Lancar Hidangan Khas Bungaraya

Sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pasukan kebangsaan, Genblu Café turut memperkenalkan menu istimewa dikenali sebagai ‘BLUngaraya 7’s Chicken’.

Menu ini diinspirasikan oleh kekuatan, semangat berpasukan dan ketahanan fizikal atlet.

Menampilkan tujuh ramuan terpilih, menu ini turut mengetengahkan kepentingan pemakanan sihat dalam meningkatkan prestasi sukan.

Seruan Sokongan Rakyat Malaysia

Hong Leong Yamaha Motor menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama memberikan sokongan moral dan semangat kepada pasukan Bungaraya 7s.

Pasukan ini bakal menggalas cabaran negara dalam acara ragbi 7-sebelah lelaki dan wanita di Sukan SEA 2025.

Dengan sokongan padu dan persiapan rapi, HLYM yakin pasukan Bungaraya 7s mampu mencapai kejayaan yang membanggakan di pentas antarabangsa.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi