Automotif

Honda Vario 125 Kini Lebih Bergaya Dengan Dua Warna Baharu

Share

Honda Vario 125 : Dua Warna Baharu Matte Blue & Vibrant Blue 

Boon Siew Honda memperkenalkan dua pilihan warna baharu untuk model skuter popularnya, Honda Vario 125, iaitu Matte Blue dan Vibrant Blue, bagi menambah variasi kepada penampilan urban yang kini semakin digemari ramai.

Warna Baharu, Gaya Baharu

Bagi penunggang yang mengutamakan gaya matang dan sofistikated, pilihan Matte Blue menawarkan kemasan yang anggun dan kontemporari.

Sementara itu, warna Vibrant Blue hadir dengan sentuhan lebih ceria dan dinamik, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang sukakan penampilan lebih menyerlah.

Kedua-dua warna baharu ini akan melengkapkan barisan warna sedia ada Magenta dan Silver.

Sekaligus memberikan lebih kebebasan untuk mengekspresikan gaya peribadi masing-masing.

Harga & Ketersediaan

Honda Vario 125 dalam warna baharu ini akan mula berada di semua pengedar sah Honda IMPIAN X di seluruh negara bermula 5 Julai 2025.

Harga cadangan runcit adalah RM7,268.00 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).

Ciri Moden untuk Gaya Hidup Pintar

Honda Vario 125  direka untuk memberikan keselesaan maksimum dengan ciri-ciri pintar dan praktikal.

Dikuasakan oleh enjin 125cc eSP penyejukan cecair yang menjimatkan bahan api dan diperakui EEV, model ini memastikan tunggangan lancar serta mesra alam.

Ciri lain yang menjadikan Vario 125 sebagai pilihan ideal termasuk:

  • Sistem Kunci Pintar Honda (Honda Smart Key) dengan ciri anti-kecurian dan fungsi “answer back”

  • Paparan Meter Digital Penuh dengan maklumat penting seperti penggunaan bahan api dan masa

  • Sistem Brek Kombi (CBS) untuk brek lebih seimbang dan selamat

  • Lampu LED Penuh untuk pencahayaan lebih terang dan efisien

  • Kotak Utiliti 18 Liter yang luas untuk simpanan praktikal

  • Pengecas USB di dalam kotak konsol untuk cas peranti ketika bergerak

  • Sistem Henti Melahu Pintar (ISS) bagi menjimatkan bahan api dan mengurangkan bunyi enjin

  • Tayar lebih lebar untuk kestabilan dan keselesaan

  • Kunci Brek Parkir dan Cangkuk Multifungsi, menambah aspek keselamatan dan kemudahan

Jaminan & Maklumat Lanjut

Setiap pembelian Honda Vario 125 disertakan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000 km

(yang mana terdahulu).

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Boon Siew Honda, hubungi pengedar Honda Impian X berhampiran atau talian bebas tol 1-800-88-3993.

Baca Juga : Kunitomo Asano CEO Baharu Boon Siew Honda

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi