Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) memperkenalkan program waranti lanjutan baharu, Honda X-tend khas untuk pemilik motosikal Honda di Malaysia. Pelancaran inisiatif ini berlangsung di ibu pejabat BSH di Batu Kawan, Pulau Pinang ini dijayakan dengan kerjasama AEON Insurance Brokers (M) Sdn. Bhd. dan Allianz General Insurance Company (M) Berhad.
Program Honda X-tend mencerminkan komitmen BSH dalam memberikan perlindungan menyeluruh kepada pelanggan walaupun selepas tamat tempoh waranti standard, sekali gus memastikan setiap pemilik motosikal Honda terus menikmati “Joy of Riding” dengan penuh keyakinan dan ketenangan.
Melalui Honda X-tend, pelanggan akan menerima tambahan setahun waranti lanjutan selepas tempoh standard dua tahun tamat, menjadikan jumlah keseluruhan perlindungan selama tiga tahun. Apa yang menarik, program ini menawarkan perlindungan tanpa had jarak perbatuan, membolehkan pemilik menunggang sejauh mana pun tanpa perlu risau tentang had penggunaan.
Waranti lanjutan ini turut meliputi komponen penting seperti enjin, sistem brek, dan kotak gear, dengan jumlah tuntutan maksimum sehingga RM20,000 setahun. Ini memastikan pemilik mendapat perlindungan menyeluruh terhadap kos pembaikan dan ini merupakan satu kelebihan besar khususnya bagi penunggang yang menggunakan motosikal mereka setiap hari.
Program Honda X-tend kini boleh didapati untuk semua pendaftaran motosikal Honda baharu, dan pelanggan boleh membeli pakej ini dengan mudah di mana-mana pengedar sah Honda di seluruh Malaysia. Inisiatif ini bukan sekadar memberi jaminan tambahan, tetapi turut memperkukuh kepercayaan terhadap jenama Honda sebagai peneraju pasaran motosikal negara yang sentiasa menitikberatkan kualiti dan kepuasan pelanggan.
Bagi meraikan pelancaran rasmi Honda X-tend, Boon Siew Honda menawarkan promosi khas kepada pembeli model RS-X dan RS-X Winner
. Dari 17 Oktober hingga 31 Disember 2025, setiap pembelian baharu untuk dua model ini akan menerima waranti lanjutan setahun secara percuma, menjadikan jumlah perlindungan selama tiga tahun (2+1).Langkah ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pelanggan, tetapi turut menunjukkan kesungguhan BSH dalam memastikan kepuasan pemilik model popular tersebut yang dikenali dengan prestasi sporty dan kebolehpercayaan tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Kunitomo Asano, menegaskan bahawa program ini adalah bukti keprihatinan syarikat terhadap pelanggan:
“Di Boon Siew Honda, kami mahu setiap pelanggan merasai Joy of Riding dengan penuh keyakinan. Melalui Honda X-tend, kami melanjutkan penjagaan kami melepasi tempoh waranti standard agar pelanggan terus menikmati perjalanan mereka dengan kepercayaan dan ketenangan.”
Sementara itu, Pengarah Urusan AEON Insurance Brokers, John Tan, berkata kerjasama ini menandakan langkah penting dalam memperkukuh perlindungan pelanggan:
“Kami berbangga menjadi rakan strategik Boon Siew Honda. Program ini membuktikan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian insurans inovatif yang memberikan nilai jangka panjang kepada pengguna.”
Turut berkongsi pandangan ialah Timbalan Ketua Pegawai Jualan Allianz General, Sazali Abdul Rahman, yang menekankan kepentingan perlindungan tambahan:
“Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan perlindungan menyeluruh agar pelanggan Honda dapat menunggang dengan tenang, tanpa kebimbangan terhadap kos pembaikan yang tidak dijangka.”
Program ini bukan sekadar perlindungan tambahan, tetapi simbol keprihatinan dan nilai yang menjadi asas kepada setiap motosikal Honda di jalan raya Malaysia hari ini.
Baca Juga : Honda Gold Wing 50th Anniversary, Penyerahan Eksklusif Kepada Pemilik
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.