Dunia pemotoran motosikal bakal menyaksikan evolusi menakjubkan dalam segmen kelas pertengahan buat jenama Honda. Ini berikutan dengan pengenalan Honda CBR650R 2024 yang hadir lengkap dengan teknologi penuh inovasi dan pembaharuan menyegarkan.
Evolusi terbaharu ini adalah sebahagian daripada strategi luas Honda untuk menarik perhatian generasi muda, terutama mereka yang belum bersedia untuk mengendalikan superbike berkuasa 1000cc ke atas.
Honda CBR650R 2024 menambahbaik kemajuan daripada model sebelumnya, menjadikan ia dalam kategori kelas pertengahan kompetitif.
Walaupun ia tidak lagi dianggap sebagai motosikal sukan kelas pertengahan utama Honda di Eropah, kerana gelaran itu telah dikembalikan kepada model CBR600R, CBR650R tetap melangkah maju dengan pengenalan sistem E-Clutch Honda yang inovatif sebagai ciri pilihan.
Sebagai yang pertama dalam industri, kedua-dua CBR650R dan saudaranya, CB650R, akan menawarkan E-Clutch, menandakan era baru dalam teknologi transmisi motosikal. Walaupun sistem ini ada penambahan berat minimal 2kg pada motosikal, ianya memelihara penggunaan coupling tradisional bagi peminat yang lebih suka kawalan manual.
Dari segi prestasi, model 2024 mengekalkan output yang kuat dengan 94bhp dan 46lb ft, bersama dengan varian 47bhp yang sesuai dengan A2. Tidak kira pilihan kuasa, spesifikasi rangka motosikal kekal tidak berubah, hadir dengan fork hadapan Showa Separate Fork Function – Big Piston (SFF-BP), monoshock belakang yang boleh dilaras 10 tahap, dan sistem brek yang kuat dengan kaliper empat piston pada dua cakera hadapan 310mm dan satu cakera belakang 240mm.
Manakala dari segi elektronik pula, CBR650R lengkap dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC), dan bagi yang sukakan teknologi, terdapat sambungan tanpa wayar dengan aplikasi Honda RoadSync. Paparan TFT lima inci yang baru meningkatkan pengalaman pengguna, dikawal oleh suis yang direka dengan reka bentuk baharu.
Honda menawarkan dua pakej aksesori berbeza iaitu ‘Racing’ untuk peminat prestasi, menampilkan quickshifter, penutup tempat duduk, dan skrin angin yang lebih tinggi, dan ‘Comfort’ untuk mereka yang mencari keselesaan tambahan, termasuk grip yang dipanaskan dan bagasi yang praktikal. Pilihan aksesori individu dan wheel strip kit juga tersedia untuk penyesuaian.
Estetika motosikal tidak diabaikan, dengan Honda CBR650R 2024 tersedia dalam warna ‘Grand Prix Red Tricolour’ yang mencolok dan ‘Matt Gunpowder Black Metallic’ yang elegan.
Para peminat yang tidak sabar boleh menantikan pelancaran versi manual pada awal 2024, diikuti oleh varian E-Clutch di UK menjelang musim bunga. Walaupun harga untuk versi E-Clutch masih belum diumumkan, versi manual dijual dengan harga £8,599 (RM 49,376), menjanjikan gabungan inovasi teknologi dan prestasi yang tidak terkompromi bagi pengendara moden.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.