Konsistensi adalah senjata paling sukar dimiliki dalam dunia perlumbaan. Namun, HI-REV Dream Chaser Racing Team membuktikan mereka mempunyai formula kejayaan tersendiri dengan mengekalkan takhta Overall Champion Malaysia Touring Car Championship (MTCC) 2025.
Kejayaan ini melengkapkan koleksi empat gelaran berturut-turut sejak 2022 dan merupakan satu pencapaian luar biasa dalam sejarah sukan permotoran negara.
Di hadapan ribuan penonton di Sepang, terpahat satu nama baharu dalam sejarah perlumbaan tempatan iaitu Aaron Haikal
. Pada usia 17 tahun, beliau kini bergelar juara keseluruhan MTCC termuda. Beliau mempamerkan gaya pemanduan yang tenang dan yakin, Aaron membawa Suzuki Swift ZC33 Turbo pasukan Dream Chaser ke garisan penamat, membuktikan bahawa usia bukan penghalang apabila bakat dan keberanian berjalan seiring.Kemenangan ini ibarat membuka pintu kepada sebuah perjalanan yang lebih besar. Pada usia yang masih muda, beliau sudah pun menjejakkan kaki ke pentas tertinggi perlumbaan tempatan. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa bakat muda Malaysia mampu bersinar, sekali gus menandakan kebangkitan generasi baharu yang berani mencabar batasan dalam dunia perlumbaan.
Namun, kejayaan ini tidak hadir daripada seorang pelumba sahaja. Di sisi Aaron, ada figura yang cukup dikenali peminat sukan permotoran Daim Hishammudin, juara Sepang 1000km 2024. Berbekalkan pengalaman dan kebijaksanaan taktikalnya, Daim menjadi mentor di litar, memastikan pasukan ini tidak hanya bergantung pada keajaiban tetapi juga strategi yang matang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Lebih menarik, kisah kejayaan ini bukan sekadar tentang pemandu atau jentera, tetapi juga tentang sokongan teknologi di sebaliknya. HI-REV Lubricants bukan hanya nama pada pelekat kereta, tetapi nadi utama yang memastikan jentera Dream Chaser sentiasa dalam prestasi yang optimum.
Dengan reputasi sebagai pelincir tempatan yang menekankan kebolehpercayaan, konsistensi, dan prestasi, HI-REV membuktikan bahawa produk mereka mampu bersaing dan terbukti di pentas perlumbaan sebenar.
“4 Years. 4 Titles. 1 Dream Chaser Legacy.”
Slogan ini bukan retorik semata-mata, tetapi satu realiti. Empat musim, empat kejuaraan, dan satu legasi yang terus hidup dalam arena permotoran Malaysia.
HI-REV Dream Chaser Racing Team kini bukan sekadar pasukan perlumbaan, tetapi simbol aspirasi untuk setiap pelumba muda tempatan bahawa dengan disiplin, sokongan yang kukuh, dan teknologi yang tepat, impian berlumba di litar boleh menjadi kenyataan.
Namun, bagi mereka, kejayaan ini bukanlah penamat, sebaliknya permulaan kepada bab baharu dalam perjalanan yang lebih panjang. Masa depan masih luas terbentang untuk Aaron, Daim dan seluruh pasukan Dream Chaser.
Dan selagi ada semangat yang membara, HI-REV Dream Chaser akan terus menjadi kuasa yang sukar digugat di litar Malaysia.
Baca Juga : HI-REV Triple Zed Racing Bertanding Di MSF Superbike Championship 2025
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.