Harley-Davidson dan MotoGP telah mengesahkan kerjasama strategik mereka untuk memperkenalkan siri perlumbaan baharu.
Siri perlumbaan ini akan memulakan saingan secara rasmi pada tahun 2026.
Perlumbaan yang bakal diperkenalkan ini merupakan adaptasi perlumbaan terkenal di Amerika Syarikat, King of the Baggers.
Kini perlumbaan ini akan diperkenalkan ke pentas global di bawah payung MotoGP.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, perlumbaan ini akan melibatkan enam pusingan rasmi.
Perlumbaan ini merangkumi litar-litar utama di Eropah dan Amerika Utara
, dengan setiap pusingan menampilkan dua perlumbaan.Secara keseluruhan menjadikan jumlah 12 perlumbaan dalam musim sulungnya.
Antara lokasi yang dijangka akan menjadi tuan rumah adalah Circuit of the Americas (COTA) di Texas, Amerika Syarikat.
Perlumbaan ini akan menampilkan motosikal Harley-Davidson Road Glide yang telah diubahsuai khusus untuk prestasi maksimum di litar perlumbaan.
Jentera-jentera ini bakal mewakili enam hingga lapan pasukan, dengan setiap pasukan diwakili dua orang pelumba.
Lebih menarik, semua pasukan akan menerima sokongan penuh daripada Harley-Davidson Factory Racing.
Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Jochen Zeitz, menyifatkan penyertaan dalam MotoGP sebagai satu bab baharu yang mencabar dan penuh potensi bagi jenama lagenda itu.
“Ini adalah langkah berani dalam merealisasikan cita-cita perlumbaan global Harley-Davidson,” kata Zeitz.
Beliau menambah bahawa Harley-Davidson telah menunjukkan kemampuan prestasi mereka melalui penyertaan dalam MotoAmerica Mission King of the Baggers.
Selain itu mereka juga ada memperkenalkan produk-produk berprestasi tinggi seperti CVO RR dan CVO Road Glide ST.
Menurutnya lagi, respons peminat dan penunggang terhadap keupayaan prestasi Harley-Davidson sangat memberangsangkan, dan ini mencetuskan keyakinan bahawa permintaan untuk perlumbaan sebegini di peringkat antarabangsa adalah nyata.
Perkongsian rasmi ini mula menjadi bualan sejak November 2024, walaupun pada ketika itu tiada pengumuman perlumbaan yang dibuat.
Namun, ujian pasca musim di Barcelona, serta kenyataan Zeitz mengenai minat Harley terhadap MotoGP, memberikan bayangan awal yang kini disahkan dengan pelancaran siri ini.
Gabungan antara warisan klasik Harley-Davidson dan keghairahan moden MotoGP dijangka bakal mewujudkan satu tarikan baharu dalam arena sukan permotoran.
Tidak sekadar mempamerkan prestasi dan kelainan, siri perlumbaan ini juga akan menjadi penanda aras baharu bagi sukan motosikal global.
Maklumat lanjut mengenai jadual penuh dan pasukan yang bertanding akan diumumkan tidak lama lagi.
Baca Juga : Harley-Davidson CVO Road Glide RR 2025
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.