Automotif

GWM TANK 300 Debut di Malaysia Autoshow 2024

Share

Great Wall Motor

Great Wall Motor (GWM) Tank 300 bakal dilancarkan di Malaysia Autoshow 2024 yang dinanti-nantikan bulan ini. GWM Malaysia dengan bangganya akan mempamerkan rangkaian produk lengkapnya, selari dengan tema tahun ini, “Go with More, Grow with Malaysia”.

Jenama yang dikenali kerana dedikasinya yang teguh terhadap kecemerlangan dan inovasi, GWM akan memperkenalkan barisan produk komprehensif yang menggambarkan inti pati prestasi dan pengembaraan.

Malaysia Autoshow 2024 dijadualkan berlangsung di MAEPS Serdang dari 22 Mei hingga 26 Mei 2024, dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Pengunjung yang ke pameran GWM Malaysia akan berpeluang melihat barisan produk GWM yang terkini di pasaran tempatan.

Tank 300 takluki bukit dan jalan off-road

Model Yang Dipamerkan…

Ia akan menampilkan barisan kenderaan elektrik (EV) yang sangat popular, termasuk GWM ORA Good Cat dan GWM ORA 07, dengan varian ‘Performance’ buat kali pertama. Selain itu, debut yang dinantikan iaitu GWM TANK 300 dijangka menjadi tumpuan utama. Para pengunjung juga akan berpeluang melihat SUV hibrid segmen C yang akan datang, HAVAL H6 HEV.

Sorotan utama GWM di acara ini adalah kehebatan barunya dalam prestasi off-road. Dengan gelaran “Juara Off-Road”, GWM dengan bangganya mengetuai pasaran SUV off-road di China. Dengan GWM TANK yang merangkumi lebih 50% daripada bahagian pasaran. 

Offroader mewah ini menggabungkan keselesaan, pengembaraan, dan penilaian keselamatan 5 bintang ANCAP dengan teknologi terkini.

Poster GWM Malaysia Autoshow 2024

Previu Eksklusif

Hanya di acara ini, pengunjung akan berpeluang untuk menyaksikan pratonton HAVAL H6 HEV. Model ini menggambarkan teknologi, keselamatan, dan reka bentuk unggulnya, tawaran yang terbaik dari dua dunia. 

Dengan enjin hibrid 1.5T HEV yang baru dan perincian teknologi canggih, ia menjanjikan perjalanan yang lancar dan mengujakan. Jualan global HAVAL H6 telah melebihi 4 juta, merangkumi lebih daripada 60 negara. 

Ciri-ciri produk yang kukuh ini memenuhi pelbagai landskap global dan keutamaan pengguna, dengan kualiti dan kebolehpercayaan yang terbukti dalam pelbagai pasaran di seluruh dunia.

GWM Tank 300 di padang pasir

Kehadiran GWM di Malaysia Autoshow 2024 mencerminkan dedikasi berterusannya untuk menambat pasaran tempatan dengan penawaran inovatifnya. 

Sama ada menavigasi jalan bandar atau menakluk kawasan berbatu, model GWM direka melangkaui jangkaan dan menetapkan piawaian baharu dalam prestasi dan ketahanan.

Butiran Acara:

– Acara: Autoshow Malaysia 2024

– Tarikh: 22 Mei 2024 – 26 Mei 2024

– Masa: 10:00 AM – 10:00 PM

– Lokasi: Booth A04, Hall A | Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor

Baca: Tank 300 Debut di Malaysia!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan