Ford Bawa Program CSR Global ke Malaysia

Ford sudah lebih 100 tahun dikenali bukan sahaja sebagai jenama automotif global, tetapi juga sebagai organisasi yang aktif membantu komuniti. Komitmen itu kini diteruskan melalui inisiatif CSR global Ford Building Together, yang turut dilaksanakan di Malaysia oleh Sime Darby Auto ConneXion-Ford.

Bagi tahun 2025, program ini memberi manfaat kepada 600 penerima bantuan merentasi Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan, melalui penyaluran bantuan makanan serta perkhidmatan penjagaan kesihatan asas sepanjang kempen selama 11 hari. Kesemua pelaksanaan ini dijayakan oleh 55 sukarelawan Ford, termasuk tenaga kerja daripada rangkaian pengedar di seluruh negara.

Auto ConneXion-Ford Jayakan Inisiatif  ‘Ford Building Together’ di Malaysia

Auto ConneXion-Ford memilih kumpulan penerima daripada pelbagai latar sosioekonomi, antaranya keluarga B40, ibu tunggal, golongan Asnaf, OKU serta komuniti Orang Asli.

Pecahan bantuan mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Lembah Klang – 200 penerima (B40, Asnaf, OKU di Putra Ria & Abdullah Hukum)

  • Pulau Pinang – 100 penerima (Komuniti B40 & Asnaf di George Town & Jalan Patani)

  • Ipoh – 150 penerima (Ibu tunggal, Asnaf & B40 di Sungai Rokam)

  • Kuantan – 150 penerima (Komuniti Orang Asli di Kampung Paya Bungor, Gambang)

Menurut Jane Holloway, Pengurus Kanan Ford Philanthropy, inisiatif global itu menjadi manifestasi falsafah Ford sejak dulu.

“Misi kami bukan sekadar membina kenderaan berkualiti tinggi. Kami mahu memperkasakan komuniti serta mendorong perubahan positif. Apabila kami berganding bahu dengan rakan dan sukarelawan, impak yang terhasil jauh lebih bermakna,” jelas beliau.

Ads

Klinik Bergerak Ford – Teras Bantuan Kesihatan

Kempen ini juga memanfaatkan Klinik Bergerak Ford, yang dilancarkan Februari lalu. Melalui kolaborasi bersama Yayasan Sime Darby, Ford Philanthropy dan MyFundAction, klinik bergerak ini menghimpunkan tenaga profesional perubatan untuk menyediakan pemeriksaan asas dan rawatan ringan, khususnya kepada komuniti luar bandar yang kurang akses kepada perkhidmatan kesihatan.

Auto ConneXion-Ford Jayakan Inisiatif  ‘Ford Building Together’ di Malaysia

Pengarah Urusan Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair Nahason Affan, menyatakan bahawa usaha ini selari dengan strategi global Ford.

“Membawa ‘kuasa penuh Ford’ bermaksud bukan sekadar sokongan kewangan. Ia melibatkan tenaga kakitangan, rangkaian pengedar dan semangat untuk memenuhi keperluan komuniti. Hubungan ini lebih daripada bantuan  ia membina masa depan yang lebih mampan,” katanya.

Ads

Beliau turut mengakui sumbangan besar sukarelawan, rangkaian pengedar serta MyFundAction dalam menjayakan pelaksanaan di lapangan.

Kempen ini Sebahagian Daripada Bulan Keprihatinan Global Ford

Aktiviti tempatan ini merupakan komponen penting kepada Ford Global Caring Month, kempen sukarelawan tahunan melibatkan lebih 1,600 pengedar Ford di 31 negara.

Di bawah inisiatif Ford Building Together, kempen global tersebut berjaya mengumpulkan lebih 2 juta paun (907,000 kg) bekalan makanan jauh mengatasi sasaran awal 500,000 kg.

Ads

Auto ConneXion-Ford Jayakan Inisiatif  ‘Ford Building Together’ di Malaysia

Inisiatif terbaru ini menambah kepada portfolio CSR Auto ConneXion-Ford di Malaysia, termasuk projek seperti Projek Air Bersih di Gerik dan Operasi Dunia Lebih Baik di Kuala Lumpur sebelum ini.

Walaupun berskala global, pelaksanaan di Malaysia menunjukkan bagaimana sebuah jenama automotif mampu memberi impak yang realistik dan relevan kepada masyarakat setempat.

Baca Juga : Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel Kini di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads