Automotif

Ferrari Roma Spider Jentera Mewah Gabungan Keunggulan & Gaya Luar Jangkaan!

Share

Buat mereka yang cukup suka dengan jentera menampilkan gabungan keanggunan dan kemuncak teknologi mungkin sekarang masa tepat untuk anda kenali Ferrari Roma Spider – sebuah pencapaian cemerlang dari pembuat kereta Italia yang ikonik.

Jom kita mulakan dengan hentakan jantungnya, sebuah V8 twin-turbo yang mampu menghamburkan kuasa maksimum sebanyak 620 HP @ 7500 rpm. Enjin yang kompak dengan kapasiti 3855 cc ini memberikan output kuasa khusus hingga 161 HP/liter, memastikan pusingan enjin maksimum pada 7500 rpm. Kita tidak boleh abaikan juga tork maksimum 760 Nm yang dihasilkan pada 3000-5750 rpm, memberikan kuasa pecutan yang memukau.

Dimensi Kehebatan

Berat kering sekitar 1556 kg, Roma Spider mempunyai perbandingan berat yang baik dengan nisbah 2.5 kg/HP. Dimensinya juga menarik, dengan panjang 4656 mm, lebar 1974 mm, dan tinggi 1306 mm, menjadikannya sebuah kenderaan yang tidak hanya bertenaga tetapi juga elegan.

Bagaimana dengan pengalaman memandunya? Dengan transmisi 8-kelajuan F1 DCT, kawalan elektronik yang canggih termasuk EPS, VDC, dan ABS dengan EBD, serta prestasi brek hadapan 390 x 34 mm dan belakang 360 × 32 mm, Ferrari Roma Spider menawarkan pengendalian yang responsif dan ketenangan dalam setiap pemanduan.

Program Penyelenggaraan Terunggul

Satu lagi perkara menarik, program penjagaan tujuh tahun yang ditawarkan oleh Ferrari. Untuk menambah keyakinan pelanggan bahawa kenderaan mereka akan dijaga pada tahap prestasi optimum sepanjang tempoh tersebut.

Perkhidmatan eksklusif ini boleh dinikmati oleh semua pemilik Ferrari di Malaysia, menjadikan pengalaman memiliki Ferrari lebih memuaskan.

Bagi peminat Ferrari di Malaysia, anda boleh memiliki Roma Spider dengan harga bermula dari RM3,200,000.00 termasuk cukai. Model ini boleh ditemui di Ferrari Ital Auto Malaysia Showroom yang baru dilancarkan di Four Seasons Place, Kuala Lumpur.

Jadi, jika anda mencari keunggulan dalam reka bentuk, prestasi yang mengagumkan, dan program penyelenggaraan yang terbaik, Ferrari Roma Spider mungkin adalah jawapannya. Untuk maklumat lanjut, jangan lupa melawat laman web Ital Auto Malaysia di https://kualalumpur.ferraridealers.com.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Shazwan