Automotif

Fernando Alonso Tetap Relevan Walau Usia Makin Lanjut

Share

Pencapaian Fernando Alonso

Fernando Alonso, pemandu Formula 1 Aston Martin. Menjadi kayu ukur kepada pesaingnya yang lebih muda  selepas dia mengikat kontrak jangka panjang dengan Aston Martin yang akan membawanya ke pertengahan usia 40-an.

Alonso, yang membuat kemunculan F1 pada tahun 2001, akan terus berlumba sekurang-kurangnya dalam musim 2025 dan 2026. Alonso berusaha untuk menambah pencapaiannya selepas meraih 22 posisi hadapan, 106 podium, 32 kemenangan, dan dua gelaran juara dunia yang telah dikecapinya sejauh ini.

Fernando Alonso – Aston Martin F1, Motorsport Image

Kata-Kata Pemandu Lain

Ditanya mengenai ketahanan Alonso yang berusia 42 tahun. Adakah dia boleh membayangkan dirinya melakukan perkara yang sama pada masa depan, pemandu McLaren, Lando Norris berkata;

“Saya rasa ia memerlukan banyak dedikasi. Saya rasa tidak ada sesiapa yang berfikir bahawa Fernando kekurangan itu dalam apa jua cara. Bagi saya, dia menunjukkan dedikasinya dalam segala yang dilakukan dalam hidup, sama ada di trek atau di luar.

“Jarang anda lihat seseorang yang komited bersaing untuk  tempoh lama dalam mana-mana sukan. Dia mungkin salah seorang yang paling tua bersaing di puncak mana-mana sukan di dunia dan saya rasa untuk melakukannya pada tahap yang telah dia lakukan dan terus dilakukan. Anda mungkin tidak akan melihatnya lagi dalam F1.

Lando Norris- McLaren F1 Team, F1 Image

Pendapat yang sama juga dikongsi oleh Charles Leclerc dari Ferrari, yang berkata. “Sukar untuk membayangkan diri saya dalam masa 15 atau 18 tahun masih berada di F1. Namun, kita pasti boleh melihat betapa bermotivasinya Fernando dan dia masih  ditahap yang tertinggi pada masa ini. Itulah yang paling penting, usia hanya angka.

Menyokong kata-kata Norris dan Leclerc. salah seorang bekas rakan sepasukan Alonso, Esteban Ocon, mencatatkan bagaimana pertempuran Alonso dengan saingan Ferrari, Michael Schumacher pada pertengahan 2000-an menginspirasi perjalanan F1-nya sendiri.

“[Saya mempunyai] penghormatan besar untuk Fernando,” kata pemandu Alpine itu. “Sejak saya kecil saya telah menonton dia bersaing, melawan Michael dan, kedua-dua orang ini adalah orang yang memberikan saya cinta kepada sukan ini.

Lebih Dari Biasa..

“Untuk masih berlumba dengan Fernando sekarang, itu sangat luar biasa. Hanya untuk melihat kerjaya yang dia lakukan… dia telah menang dalam segala-galanya, pada dasarnya. Dia telah menang dalam karting, dia telah menang di Le Mans, di Amerika dalam kereta lumba – semua yang dia pertandingkan dia hampir menang.

“Ia lebih daripada luar biasa, ia adalah kerjaya impian bagi mana-mana atlet atau pemandu, jadi saya tidak tahu sama ada saya akan masih berlumba pada usianya. Tetapi dedikasinya adalah sesuatu yang menjadi contoh bagi kita semua.”

Esteban Ocon, Alpine F1 Racing Team – F1 Images

Zhou Guanyu, sementara itu, berjaya dari menyorak kepada Alonso di tempat duduk penonton ke pengalaman praktis F1 dalam kereta idola nya di Grand Prix Austria 2021.

Kini berlumba sepenuh masa untuk Kick Sauber, Zhou berkata; “Saya fikir itu adalah perjalanan yang luar biasa yang dilakukan oleh Fernando. Tentu, lebih mudah dikatakan daripada dilakukan. Saya akan suka berlumba di F1 untuk tahun-tahun seterusnya, itu sudah pasti kerana itulah yang paling saya minati.

Baca: Perlumbaan F1 Ke-1106 di Grand Prix China

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Shazwan