Barcelona tak pernah sunyi dari drama — dan Grand Prix F1 Sepanyol 2025 hujung minggu lepas membuktikan kenapa litar ini sentiasa jadi titik tolak musim. Bukan saja McLaren muncul kembali sebagai pencabar serius, tapi satu insiden panas membabitkan Max Verstappen membuatkan paddock bergema dengan perbualan. Dari media sampai ke ruangan hospitaliti.
Piastri dan Norris Bukan Lagi Dalam Bayangan
Oscar Piastri sekali lagi tunjuk kenapa dia dianggap antara nama masa depan F1 — malah masa depan tu dah pun tiba. Dengan kemenangan kelima musim ini, dia bukan saja pegang tampuk kejuaraan dunia. Tapi bagi isyarat jelas bahawa McLaren kini bukan setakat kuat — tapi konsisten.
Lando Norris pula main peranan ‘team player’ yang matang. Finish P2, tak banyak drama, tapi sangat solid. Bila dua kereta satu pasukan naik podium macam ni, itu bukan nasib, itu hasil pembangunan jentera yang betul-betul kena musim ni.
Dan jangan lupa, musim ni ada beberapa litar yang bersejarah McLaren goyah. Namun, di Sepanyol? Mereka dominan dari awal sesi FP lagi.
Drama Verstappen vs Russell: Racing atau Dendam Lama?
Salah satu cerita paling hangat, semestinya, insiden antara Max Verstappen dan George Russell. Arahan pasukan minta Verstappen beri laluan — yang dia buat… sekejap.
Ads
Tapi lepas tu, dia ‘kacau line’ Russell dan dalam masa beberapa saat, Mercedes tu dah kena ‘love tap’ dari belakang.
Rosberg, bekas juara dunia (dan Mercedes golden boy satu ketika dulu) terus sound — kata Verstappen patut kena DQ. FIA bagi penalti 10 saat je, tapi tambah tiga mata penalti kat lesen Verstappen — dan sekarang, dia tinggal satu mata je dari auto-ban satu perlumbaan.
Max ada buat kenyataan — dia kata “emotion took over”. Tapi paddock tahu, ini bukan kali pertama Max “terlupa” beza antara aggressive driving dengan dangerous driving.
Kesan Kepada Perebutan Kejuaraan
Dengan podium kali ni, Piastri dah kumpul 186 mata. Norris 176. Verstappen, lepas penalti, kekal di P3 dengan 137 mata. Perbezaan tu besar — tapi kalau Red Bull jumpa rentak balik, musim ni belum habis.
Ads
Apa yang menarik — trend musim ni: Red Bull bergelut bila bawah tekanan, dan bila kereta lain (terutama McLaren) improve mid-season. Kita belum sampai separuh musim pun, tapi pattern tu dah nampak.
Apa Relevannya Untuk Peminat F1 Malaysia?
Kita tahu, rakyat Malaysia suka underdog jadi hero — dan Piastri fit naratif tu. Muda, tenang, kurang drama — tapi buktikan keupayaan di litar. Sama macam waktu kita tengok Hafizh Syahrin dulu naik Moto2, atau sekarang bila pelumba wildcard kita macam Jazeman masuk ke GT.
Dan lagi satu, musim ni F1 memang banyak elemen “racing sebenar” — bukan sekadar DRS trains. Kalau kita ada minat ke arah motorsport, F1 2025 ni boleh jadi titik kebangkitan semangat motorsport Malaysia. Lagi-lagi bila tengok McLaren, yang dulu struggle, sekarang jadi kingpin.
Ads
Kalau FIA terus ketatkan peraturan dan penalti diberi dengan lebih konsisten, ruang untuk pelumba baru (dan bersih) bersinar akan makin luas. Mungkin satu hari nanti, kita boleh harap pelumba Malaysia yang masuk feeder series dapat tempat sebab performance — bukan semata-mata sponsor.
Apa pun, musim ni masih jauh — dan macam biasa, trek seterusnya boleh ubah segalanya. Tapi kalau kau peminat F1 yang dah lama tunggu musim penuh drama, prestasi, dan personaliti besar — this is the one.
Jenama teknologi gergasi dari China, Xiaomi, sekali lagi mencuri perhatian kali ini bukan dengan telefon pintar, tetapi dengan kereta elektrik berprestasi tinggi milik mereka, Xiaomi SU7 Ultra.
Model sedan elektrik ini telah mencipta sejarah apabila mencatatkan masa terpantas di Litar Nürburgring Nordschleife bagi kategori kereta elektrik produksi.
Dengan kuasa luar biasa 1527hp hasil gabungan tiga motor elektrik dan pakej trek pilihan, SU7 Ultra melengkapkan satu pusingan di “Green Hell” dalam masa 7 minit 4.957 saat.
Kredit Foto : Website Autocar
Rekaan Jalanan, Prestasi Litar
Menariknya, SU7 Ultra yang digunakan untuk rekod ini adalah versi legal jalan raya, bukan prototaip khas untuk litar.
Versi ini hanya kira-kira 20 saat lebih perlahan daripada prototaip trek khas Xiaomi yang dibangunkan dengan bantuan firma kejuruteraan British, Prodrive.
Ia merupakan satu pencapaian mengagumkan untuk sebuah EV produksi.
Kredit Foto : Website Autocar
Dari 0 ke 100km/j dalam 1.98 saat!
SU7 Ultra dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) dan mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam hanya 1.98 saat.
Manakala kelajuan maksimum mencecah 333km/j.
Ini menjadikannya antara EV terpantas di pasaran global hari ini.
Kereta ini juga menjadi model pertama yang menggunakan motor elektrik Xiaomi HyperEngine V8S.
Kereta ini direka untuk menyamai kuasa enjin petrol V8 moden dengan kemampuan berputar sehingga 27,200rpm.
Dua motor V8S diletakkan di belakang (570hp setiap satu), manakala motor V6S di hadapan menghasilkan 387hp dan menjadikan jumlah keseluruhan 1527hp.
Kredit Foto : Website Autocar
Cas Pantas dan Jarak Jauh
Dibina atas platform Modena EV dengan seni bina elektrik 800V, SU7 Ultra menggunakan bateri CATL Qilin 2.0 berkapasiti 93.7kWh.
Dalam ujian kitaran CLTC China, ia mencatatkan jarak maksimum sehingga 620km (385 batu).
Untuk menangani prestasi ekstremnya, SU7 Ultra hadir dengan penyerap hentak Bilstein Evo T1 dan sistem brek AP Racing dengan cakera seramik karbon 430mm di hadapan dan 410mm di belakang serta angkup enam piston di depan.
Ini menggantikan sistem Brembo yang digunakan pada varian SU7 lain.
Rekod Nürburgring
Versi prototaip SU7 Ultra, yang menampilkan badan serba gentian karbon, berjaya mencatat masa luar biasa 6 minit 46.874 saat di Nürburgring dalam tangan pelumba British, David Pittard.
Namun, versi produksi tetap hadir dengan pakej aerodinamik lebih praktikal, termasuk sayap belakang gentian karbon lebih kecil, diffuser aktif dengan kecondongan 16 darjah, dan rekaan hud yang lebih ringkas namun masih mampu menghasilkan 285kg daya mendap (downforce) pada kelajuan maksimum.
Kredit Foto : Website Autocar
Eksport Masih Dalam Pertimbangan
Penghantaran Xiaomi SU7 Ultra kepada pelanggan di China telah bermula awal tahun ini.
Walaupun tiada pengumuman rasmi, Xiaomi tidak menolak kemungkinan meluaskan pasaran ke luar negara dalam masa terdekat.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Raya #StyloWithS70 PROTON: Tampilkan Gaya Raya Anda !
PROTON kembali menghidupkan kemeriahan Hari Raya anda dengan pertandingan #RAYASTYLOWITHS70!
Pertandingan ini bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia untuk menonjolkan kreativiti anda dengan gaya unik bersama sedan Segmen-C, PROTON S70.
#RAYASTYLOWITHS70 adalah platform untuk anda menghasilkan video yang merangkumi elemen perayaan sama ada tradisional atau moden dalam satu bentuk visual yang menarik.
Dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM42,000, ini merupakan peluang terbaik anda untuk memenangi duit raya pada tahun ini.
Cipta, Rakam & Menang!
Elemen yang sesuai untuk penghasilan video in adalah suasana Hari Raya dengan latar belakang ketupat, leman, rendang, pakaian hari raya dan sudah pasti PROTON S70.
Rakyat Malaysia dijemput untuk menghasilkan video pendek berdurasi maksimum 60 saat yang bukan sahaja menonjolkan reka bentuk anggun PROTON S70, tetapi juga mempunyai elemen sambutan hari raya.
Cara Penyertaan
Rakam video kreatif anda dengan PROTON S70 sebagai elemen utama.
Muat naik video di TikTok (boleh juga dimuat naik serentak di platform media sosial lain).
Gunakan hashtag rasmi #RAYASTYLOWITHS70 dan tag @ProtonCarsOfficial.
Hadiah Lumayan Menanti Pemenang!
Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah “Like” tertinggi daripada tiga video terbaik yang dimuat naik. Berikut adalah hadiah yang ditawarkan:
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
(Tertakluk kepada terma dan syarat.)
Menurut Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar,
“PROTON S70 adalah simbol transformasi, sama seperti semangat pembaharuan Raya. Kami mahu rakyat Malaysia mentakrifkan semula gaya perayaan dengan S70 sebagai inspirasi mereka. Sama ada melalui tarian viral di hadapan lampu LED atau pertemuan keluarga yang penuh emosi di dalam kabin luasnya, kami teruja melihat kreativiti yang akan mewarnai kempen ini.”
Serlahkan Gaya Anda
Video paling menarik akan dimuatnaik di platform digital rasmi PROTON.
Selain itu, pelbagai aktiviti interaktif turut disediakan bagi menceriakan lagi musim perayaan ini.
Tempoh pertandingan:
17 Mac 2025 (12:00 pagi) – 18 April 2025 (11:59 pagi)
Untuk maklumat lanjut, layari www.proton.com atau ikuti @ProtonCarsOfficial di media sosial.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Honda ADV 350 merupakan skuter yang diperkenalkan oleh Honda sebaga daripada siri ADV mereka, yang terkenal dengan reka bentuk yang hampir sama dengan model ADV yang lain tetapi berbeza daripada segi saiz dan kapasiti enjin.
Terdapat khabar angin mengatakan bahawa model motosikal ini akan masuk ke pasaran Malaysia pada tahun ini namun masih belum mendapat kepastian daripada pihak Boon Siew Honda Malaysia berkenaan dengan model ini.
Kredit Foto : Website Honda UK
Namun begitu, sekiranya model ini masuk ke pasaran Malaysia, sudah pasti akan menjadi persaingan sengit kepada model-model skuter maxi yang lain seperti Yamaha X-max 250,Modenas Elegan 250 serta Zontes ZT350.
Honda ADV 350 mempunyai reka bentuk bergaya, menonjol dengan garisan tajam dan rupa yang agresif. Skuter ini dilengkapi dengan lampu depan LED, skrin pelindung angin yang boleh dilaraskan, dan kluster instrumen digital yang menawarkan pelbagai maklumat kepada penunggang.
Kredit Foto : Website Honda UK
Salah satu ciri utama ADV 350 adalah sistem suspensi yang direka untuk menangani pelbagai jenis permukaan jalan. Dengan fork hadapan teleskopik dan penyerap hentakan belakang berganda yang boleh dilaraskan, skuter ini menawarkan kestabilan dan keselesaan dalam perjalanan jauh atau semasa menunggang di jalan yang kasar.
Honda ADV 350 dikuasakan oleh enjin 330cc SOHC eSP+ (enhanced Smart Power) yang menawarkan kuasa dan tork yang mencukupi untuk pecutan yang lancar dan efisien. Mempunyai 31.5 NM Tork serta purata penggunaan bahan bakar 29.4km/l ,Enjin ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik CVT, menjadikannya mudah untuk dikendalikan oleh penunggang dari pelbagai peringkat kemahiran.
Kredit Foto : Website Honda UK
Dari segi teknologi, skuter ini dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) untuk keselamatan tambahan, serta Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang membantu mengawal traksi semasa menunggang di permukaan yang licin. Skuter ini juga menawarkan ruang penyimpanan yang luas di bawah tempat duduk, sesuai untuk menyimpan helmet dan barangan peribadi lain.
Honda ADV 350 direka untuk memberikan keselesaan maksimum kepada penunggang dan pembonceng. Tempat duduk yang lebar dan ergonomik, bersama-sama dengan pelindung angin yang boleh dilaraskan, memastikan perjalanan yang selesa walaupun dalam perjalanan jauh. Tambahan pula, skuter ini dilengkapi dengan sistem kunci pintar yang memudahkan akses dan keselamatan.
Kredit Foto : Website Honda UK
Honda ADV 350 adalah tambahan menarik kepada siri skuter Honda, menggabungkan reka bentuk yang tahan lasak, prestasi yang mantap, dan teknologi canggih untuk pengalaman tunggangan yang menyeluruh. Sama ada untuk perjalanan harian di bandar atau pengembaraan off-road, ADV 350 menawarkan fleksibiliti dan keselesaan yang sukar ditandingi.
Sama-sama kita nantikan ketibaan skuter ini di pasaran Malaysia dan rasai sendiri keupayaan serta kehebatannya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
YZR-M1 V4 Muncul Buat Kali Pertama di San Marino GP
Yamaha Motor Co., Ltd. melakar sejarah baharu apabila memperkenalkan jentera prototaip YZR-M1 dengan enjin V4...