Automotif

Evolusi Identiti Visual, Sejarah Logo Proton

Share

Sejak dilancarkan pada tahun 1983 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Proton telah menjadi ikon dalam landskap automotif Malaysia. Logo mereka telah menjadi ciri penting dalam menggambarkan identiti dan kemajuan jenama ini sepanjang hampir lima dekad. Pada 24 September 2019, Proton sekali lagi memperbaharui logo mereka, yang merupakan kali keenam perubahan sejak kali terakhir logo itu dikemas kini pada tahun 2016.

Penukaran logo Proton tidak sekadar perubahan simbolik, ia mewakili langkah terbaru dalam usaha jenama ini untuk memperkukuhkan kehadiran global mereka. Proton bercita-cita untuk menjadi salah satu jenama automotif terkemuka di ASEAN, sambil merancang untuk mengeluarkan kira-kira 400,000 unit kenderaan pelbagai model menjelang tahun 2027.

Artikel kali ini kita akan melihat bagaimana setiap perubahan logo dan tagline mempunyai makna simbolik yang mendalam, sambil mendapat respons yang berbeza dari masyarakat.

 

Tahun 1983 – 1992: Pride of the Nation

Logo ini adalah lambang legenda sepanjang era Proton Saga hingga tahun 1992. Ia menampilkan perisai biru gelap dengan bulan sabit kuning di bawah bintang empat belas, yang merujuk kepada bendera Malaysia. Tagline “Pride of the Nation” melambangkan kebanggaan rakyat Malaysia terhadap kereta nasional pertama negara.

 

Tahun 1993 – 1999: Pride of the Nation

Pada tahun 1993, logo itu mengalami sedikit perubahan dengan perisai tirus yang dikeluarkan. Tagline yang sama, “Pride of the Nation”, mengekalkan semangat patriotik dalam kalangan pelanggan.

 

Tahun 2000 – 2007: Spirit of Achievement

Logo ini memperlihatkan kepala harimau kuning pada bulatan hijau dalam perisai biru gelap, melambangkan semangat untuk mencapai kejayaan. Tagline “Spirit of Achievement” menekankan semangat untuk terus maju.

 

Tahun 2008 – 2015: Committed to be Better

Walaupun menggunakan elemen yang sama, logo ini menampilkan kepala harimau dengan warna hitam dan perak. Tagline “Committed to be Better” mencerminkan komitmen Proton untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.

 

Tahun 2016 – 2019: It’s in the Drive!

Logo ini menyaksikan penyingkiran perkataan “PROTON” untuk tampil lebih moden. Tagline “It’s in the Drive!” menekankan semangat dan komitmen untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

 

Logo Terbaru Proton

Logo terbaru Proton, diperkenalkan selepas kejayaan model Proton X70, menampilkan kepala harimau dalam warna perak yang menonjolkan inovasi, kebolehpercayaan, dan identiti Malaysia yang antarabangsa. Dengan tagline “Inspiring Connections”, Proton menegaskan komitmen mereka untuk menyediakan produk dengan teknologi terbaik, seperti “Hi Proton”, yang memastikan hubungan yang bermakna dengan pelanggan.

Proton telah mengalami transformasi yang signifikan sejak hari pertama mereka muncul di pasaran. Perubahan logo mereka sepanjang tempoh ini mencerminkan evolusi jenama tersebut, sambil mengekalkan semangat untuk terus maju ke hadapan. Meskipun logo itu berubah, semangat Proton sebagai kereta nasional Malaysia terus berkobar-kobar, menjangkau pasaran global dengan keyakinan dan inovasi yang baru.

Sumber artikel : azmirshah.com

 

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi