PROTON kembali mencuri tumpuan dengan satu lagi inisiatif luar biasa untuk para peminat automotif tanah air.
Menerusi kempen Drive2Believe, pengeluar kereta nasional ini bukan sahaja mengajak rakyat Malaysia merasai sendiri kehebatan barisan model petrol mereka, malah menawarkan ganjaran lumayan termasuk peluang memenangi kenderaan elektrik e.MAS 7 yang serba baharu.
Buat julung kalinya, PROTON menggabungkan pengalaman pemanduan masa kini dengan impian mobiliti masa hadapan.
Dengan hanya memandu uji mana-mana model petrol PROTON, peserta bukan sahaja boleh merasai sendiri ciri-ciri prestasi dan teknologi terkini, malah berpeluang membawa pulang hadiah bernilai keseluruhan sehingga RM413,400
!Baca Juga : Proton eMas 7 Capai 2,500 Tempahan dalam Tangan!
Kempen ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia dari 1 April hingga 30 Jun 2025.
Langkah penyertaan cukup mudah:
Pandu Uji – Kunjungi mana-mana pusat jualan PROTON dan cuba pandu uji model petrol pilihan anda.
Rakaman Momen – Biarkan wakil pemasaran merakam gambar anda ketika pandu uji untuk dimuat naik secara rasmi.
Cabutan Bulanan – Seramai 280 pemenang bertuah setiap bulan akan memenangi kad minyak bernilai RM100 melalui cabutan langsung dalam talian.
Hadiah Utama e.MAS 7 – Bagi pelanggan yang membeli kereta PROTON dan berkongsi video 60 saat tentang pengalaman mereka di media sosial, peluang untuk memenangi e.MAS 7
terbuka luas.Tuah Berganda – Finalis yang tidak memenangi hadiah utama pada pusingan pertama akan dimasukkan semula ke dalam sesi cabutan bertuah berikutnya.
Menurut Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, kempen ini bukan sekadar promosi:
“Kempen ini lebih daripada sekadar pandu uji – kami mahu semua orang merasai kecemerlangan PROTON secara langsung. Kuasa, ketepatan, dan semangat dalam setiap model kami menjadikan pengalaman pemanduan lebih bermakna. Kami mahu pelanggan pulang sebagai orang yang percaya.”
PROTON menngajak rakyat Malaysia agar tidak melepaskan peluang ini.
Untuk maklumat lanjut dan terma syarat penuh, layari laman web rasmi PROTON di
👉 https://www.proton.com/en/offers/test-drive-2-believe.
Anda juga boleh ikuti mereka di media sosial menerusi akaun rasmi @ProtonCarsOfficial.
Sebagai projek kereta nasional pertama Malaysia, PROTON Holdings Bhd
terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran automotif serantau.Melalui kerjasama dengan DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group, PROTON kini tampil sebagai jenama moden, berdaya saing dan inovatif.
Dipacu oleh nilai Teknologi Inovatif, Kebolehpercayaan, dan Piawaian Antarabangsa, PROTON kekal komited dalam menginspirasi hubungan antara manusia dan mobiliti.
Baca Juga Kenali Proton eMas 7 – Kereta Elektrik Pertama Malaysia!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.