
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik PROTON, secara rasmi mengumumkan pembukaan tempahan bagi Proton e.MAS 7 PHEV serba baharu.
Ini merupakan model Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) pertama jenama tersebut, sekali gus menandakan kemunculan kenderaan elektrik dwi-kuasa pertama PROTON di pasaran tempatan.
Laluan sejauh lebih 1,100 km bermula dari Pulau Pinang, merentas Lebuhraya Utara–Selatan hingga ke Johor Bahru sebelum kembali ke PROTON Centre of Excellence (COE).
Menariknya, perjalanan ini diselesaikan menggunakan kenderaan yang sama tanpa perlu mengisi minyak atau mengecas semula, sekali gus menonjolkan kecekapan sistem dwi-kuasa e.MAS 7 PHEV dalam penggunaan sebenar di atas jalan raya di Malaysia.
Seiring pembukaan tempahan, PRO-NET turut mendedahkan anggaran harga Proton e.MAS 7 PHEV sekitar RM110,000 hingga RM130,000. Kedudukan harga ini meletakkan model berkenaan sebagai pilihan PHEV yang kompetitif, dengan fokus kepada pemanduan elektrik harian serta ketenangan minda untuk perjalanan jarak jauh.
Proton e.MAS 7 PHEV dibangunkan dengan keutamaan pada pemanduan elektrik, disokong oleh enjin petrol untuk fleksibiliti maksimum.
Sistem ini merangkumi transmisi hibrid khusus 11-dalam-1, bateri LFP (Lithium Ferro Phosphate) serta pengurusan tenaga pintar yang menukar mod EV dan hibrid secara automatik mengikut situasi pemanduan.
Hasilnya, pemanduan lebih senyap, cekap dan lancar, sama ada di bandar, lebuh raya atau ketika mendaki cerun panjang.
Untuk kegunaan harian, e.MAS 7 PHEV beroperasi dalam mod EV atau siri hibrid, di mana enjin petrol bertindak sebagai penjana tenaga.
Pada kelajuan lebuh raya atau keadaan tertentu, sistem klac akan diaktifkan bagi membolehkan enjin memacu roda secara terus atau bekerjasama dengan motor elektrik.
Pendekatan ini memastikan imbangan terbaik antara prestasi, kecekapan dan keselesaan pemanduan.
Selain teknologi trenkuasa, model ini turut dilengkapi ciri keselamatan ADAS, rekaan moden serta kabin premium.
Tempahan Proton e.MAS 7 PHEV kini dibuka dengan harga tempahan RM99
*. Pelanggan terawal turut menikmati rebat RM500 ke atas yuran tempahan**.Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau di bilik pameran Proton e.MAS sah di seluruh negara.
* Tertakluk kepada terma dan syarat
** Sah untuk 5,000 pelanggan terawal
Baca Juga : Proton e.MAS Pacu Mobiliti Lestari di Malaysia
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.