Automotif

Ducati Perkenal Scrambler Edisi Khas 10° Anniversario Rizoma: Terhad kepada 500 Unit Sahaja

Share

Bagi meraikan ulang tahun ke-10 keluarga Scrambler, Ducati berganding bahu dengan pakar aksesori, Rizoma, untuk melancarkan edisi khas terhad iaitu Ducati Scrambler 10° Anniversario Rizoma Edition, dengan hanya 500 unit sahaja dihasilkan.

Scrambler Edisi Istimewa ini ditawarkan pada harga £13,095 (kira-kira RM75,000).

Motosikal ini menampilkan elemen estetika eksklusif yang menjadikannya unik di kalangan model Scrambler yang lain.

Buat pertama kali, Rizoma, yang terkenal dengan aksesori motosikal, secara langsung menyumbang kepada rekaan model pengeluaran ini.

Mereka memasukkan unsur-unsur berwarna emas ros pada bahagian luar enjin serta skrin angin kecil yang memberikan sentuhan moden.

Tidak ketinggalan, beberapa komponen berwarna hitam seperti cermin bar end dan tuas menambah kepada gaya keseluruhan motosikal ini.

Kredit Foto : Website motorcyclenews

Reka Bentuk Kontras yang Menawan

Walaupun rekaan baharu ini pasti menarik perhatian, ada peminat yang mungkin merasakan Ducati tidak cukup berani dalam memperingati detik istimewa ini.

Ini berikutan jangkaan ramai yang mengharapkan model lebih garang.

Sebelum ini, Ducati pernah mempersembahkan konsep Café Racer CR241 dan RR241 Off-road pada acara Bike Shed Moto Show di London, Mei lalu.

Bagaimanapun, Ducati berjaya mencipta keseimbangan kontras yang menarik dengan kombinasi warna putih dan hitam serta logo yang diolah semula pada tangki minyak berkapasiti 14.5 liter.

Baca Juga : Ducati Scrambler Full Throttle dan Scrambler Icon Dark 2025

Sentuhan ini menggabungkan elemen tradisional Scrambler dengan pengaruh moden Rizoma.

Ia bakal menjadikan edisi ulang tahun ini satu simbol gaya dan ketelitian reka bentuk.

Andrea Ferraresi, Pengarah Strategi dan Centro Stile Ducati, turut memuji hasil kerja Rizoma dengan berkata:

“Rizoma berjaya dalam cabaran menafsir semula Scrambler tanpa mengorbankan identiti asalnya. Saya terkesima dengan perhatian terhadap perincian dan ketelitian warna yang dimasukkan dalam konsep ini, yang kemudian direalisasikan dalam versi ulang tahun ke-10 Scrambler ini.”

Kredit Foto : Website motorcyclenews

Dilengkapi Teknologi Terkini

Scrambler Edisi Khas ini dijangka mula tiba pada Mac 2025.

Motosikal ini dibina berasaskan platform Scrambler bersaiz sederhana yang diperkenalkan pada tahun 2023.

Model ini dilengkapi enjin 803cc Desmodromic V-twin yang mampu menghasilkan kuasa 72.2bhp, dan menggunakan rangka trellis yang kemas.

Selain itu, Ducati Scrambler Anniversario Rizoma juga dilengkapi dengan papan pemuka TFT 4.3 inci, teknologi ride-by-wire, quickshifter, dan mod tunggangan untuk pengalaman menunggang yang lebih dinamik.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi