Automotif

Ducati Panigale V4 SP2 30th Anniversario 916 2024, Jentera Ikonik Baharu Sempena Ulang Tahun Ke-30 916

Share

Ducati meraikan ulang tahun ke-30 916 dengan memperkenalkan model edisi terhad sebanyak 500 unit sahaja. Panigale V4 SP2 30th Anniversario 916 merupakan sebuah penghormatan Ducati kepada jentera yang menjadi batu loncatan dalam sejarah syarikat.

Jentera asal yang menjadi konsep reka bentuk semua jentera  Ducati, boleh dijumpai pada Panigale Anniversario. Gen 916 boleh dijumpai dalam reka bentuk yang tertumpu pada bahagian hadapan, dalam pandangan dari sisi atas dan dalam elemen seperti lampu depan, “hidung”, lubang udara, huruf “V” pada pelekat, tangki bahan api berbentuk berlian, ekor yang pendek dan cekap, serta lengan ayun tunggal.

Kredit Foto : Website Cycle World

Ducati Panigale Anniversario merupakan penghormatan kepada 916 hadir dengan livery yang dicipta oleh Centro Stile Ducati,  memberikan penghormatan kepada salah satu grafik perlumbaan yang paling menarik dalam sejarah sukan Ducati, iaitu jentera yang memenangi Kejuaraan Dunia Superbike dengan Carl Fogarty pada tahun 1999.

Seperti jentera perlumbaan yang mengambil inspirasi liverynya, ia ditawarkan dalam konfigurasi satu tempat duduk sahaja dan hadir dengan plat stereng aluminium billet dengan pengukiran laser nama model dan nombor siri. Akhirnya, Panigale Trentesimo Anniversario 916 dilengkapi dengan sijil keaslian dan penutup jentera motor yang khas.

Kredit Foto : Website Cycle World

Panigale V4 SP2 30th Anniversario 916 mempunyai penutup tangki bahan api perlumbaan yang dihasilkan daripada aluminium billet, saluran udara untuk penyejukan brek depan, perisai haba ekzos, sayap dengan reka bentuk profil berganda, dan penutup brek depan daripada carbon fibre.

Roda berlubang lima palang juga diperbuat daripada carbon fibre

, yang mengurangkan berat roda sebanyak 3 paun berbanding roda Marchesini forged V4 S dan 7.5 paun berbanding Panigale V4. Momentum inersia dikurangkan sebanyak 26% pada bahagian depan dan 46% pada bahagian belakang, menjadikan jentera lebih agile, kurang meletihkan, dan lebih tepat semasa penukaran kelajuan.
Kredit Foto : Website Cycle World

Sistem brek adalah yang terbaik dalam kelasnya iaitu caliper Brembo Stylema R dan saluran udara penyejukan, ia menawarkan kecekapan brek yang tinggi dan perjalanan piston yang konsisten bahkan semasa sesi trek yang panjang.

Simbolik motosikal Ducati sudah pasti dengan penggunaan dry clutch. STM EVO Dry Clutch memberikan kelembutan yang lebih besar dalam semua fasa pemanduan dengan throttle close, seperti masuk ke selekoh dan membolehkan tahap brek enjin secara mekanikal. Dalam penggunaan trek, dengan penutup kopling terbuka, peminat dapat menikmati bunyi klasik yang menghiasi jentera perlumbaan Ducati.

Kredit Foto : Website Cycle World

Footrest

untuk motosikal ini adalah daripada bahan aluminium billet yang membolehkan kedudukan pemanduan disesuaikan dengan mana-mana kedudukan fizikal dan membolehkan penggunaan Ducati Quick Shift Up & Down standard, yang boleh dikonfigurasikan secara manual atau dengan corak perlumbaan.

Panigale V4 30th Anniversary 916 telah diumumkan pada hari pembukaan EICMA 2023, dengan acara antarabangsa di meja pameran Ducati. Panigale V4 SP2 30th Anniversary 916 akan diedarkan di pusat penjual  rangkaian Ducati bermula dari Mac 2024 ( Pasaran Eropah ). Harga di Amerika Syarikat adalah USD45,995 (RM216,659.45)

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi