Ducati Panigale V4 R 2026 : 236hp, kotak gear ala MotoGP, dan aero jentera perlumbaan

Ducati sekali lagi menggegarkan dunia dengan pengenalan Panigale V4 R 2026. Jika 996R menandakan lahirnya enjin Testastretta 133hp, tetapi kali ini angka kuasa ini melonjak hampir dua kali ganda.

Ducati Panigale V4 R 2026 Baharu Dengan 236hp, 205mph & Teknologi MotoGP

Kuasa Maksimum Lebih 230hp

Enjin Desmosedici Stradale 998cc (dibezakan daripada versi 1,103cc biasa kerana peraturan WSBK) kini menghasilkan:

  • 215hp dalam konfigurasi jalanan dengan ekzos standard Euro 5+

  • 231.8hp (235hp) dengan ekzos titanium Akrapovič trackk-only

  • 235.7hp (239hp) apabila dipadankan dengan minyak pelincir Shell Advance spesifikasi Ducati

Kelajuan maksimum motosikal ini boleh mencecah 205.4mph (330km/j), menjadikannya antara motosikal produksi terpantas pernah dihasilkan.

Ducati Panigale V4 R 2026 Baharu Dengan 236hp, 205mph & Teknologi MotoGP

Peningkatan enjin dan tork

Untuk mencapai kuasa tersebut sambil mengekalkan piawaian Euro 5+:

  • Inlet baharu dengan penyuntik bahan api bawah throttle

  • Piston lebih ringan, rod penyambung shot-peened, serta aci sesondol ekzos baharu

  • Trumpet intake dan sistem ekzos direka semula

Hasilnya: +4hp purata sepanjang rev range, tork meningkat 3% (maksimum 114Nm pada 12,000rpm), dengan lonjakan 7% pada rpm rendah. Crankshaft lebih berat pula membantu traksi, namun mengekalkan kelincahan kerana counter-rotating.

Ads

Ducati Panigale V4 R 2026 Baharu Dengan 236hp, 205mph & Teknologi MotoGP

Kotak Gear Spesifikasi Perlumbaan Pertama Di Dunia

Inovasi besar Panigale V4 R 2026 ialah Ducati Racing Gearbox (DRG):

  • Neutral kini di bawah gear 1, bukan di antara gear 1 dan 2.

  • Menghapuskan risiko tersalah neutral ketika membrek untuk selekoh gear rendah.

  • Neutral hanya boleh diakses melalui tuil khas di bar kanan, meniru sistem jentera MotoGP.

Ducati Panigale V4 R 2026 Baharu Dengan 236hp, 205mph & Teknologi MotoGP

Aero Dan Casis Ala MotoGP

Aerodinamik dipertingkat dengan:

  • ‘Corner sidepods’ – menghasilkan kesan ground-effect ketika jentera rebah di selekoh.

  • Winglet lebih besar – menambah 6kg downforce pada 186mph.

  • Ram air intake lebih panjang (+70mm), memberi tambahan 1.3hp pada kelajuan tinggi.

Casis pula kini menggunakan double-sided swingarm pertama sejak 999R (2007):

Ads
  • 37% kurang rigid, 3.27kg lebih ringan

  • Fork Öhlins NPX25/30, penyerap hentak belakang TTX36, steering damper SD20 baharu

  • Brek Brembo Hypure dengan cakera 330mm, boleh dinaik taraf ke 338.5mm Pro atau GP4 Pro+

Berat keseluruhan: 186.5kg sahaja.

Ducati Panigale V4 R 2026 Baharu Dengan 236hp, 205mph & Teknologi MotoGP

Elektronik Generasi Baharu

Sistem elektronik Ducati kini ditambah dengan Ducati Vehicle Observer perisian yang mensimulasikan data daripada 70 sensor. Ia mengawal:

  • Cornering traction control

  • Slide & wheelie control

  • Launch control

  • Engine brake control

Turut dilengkapkan: lima mod tunggangan, cornering ABS dengan fungsi Race Brake Control, serta empat mod kuasa.

Ads

Ducati Panigale V4 R 2026 Baharu Dengan 236hp, 205mph & Teknologi MotoGP

Harga Dan Ketersediaan

Dengan harga homologasi WSBK dihadkan pada €44,000, Panigale V4 R 2026 dianggap “murah” untuk tahap teknologi sekelas MotoGP.

Model ini akan memasuki pasaran Eropah pada November 2025, diikuti Amerika Syarikat sebulan kemudian.

Walaupun perjanjian “gentlemen’s agreement” mengehadkan kelajuan kepada 300km/j sejak 1999, Ducati jelas melangkaui sempadan itu. Dengan output lebih 235hp dan kelajuan melebihi 330km/j, Panigale V4 R 2026 bukan sekadar calon kejuaraan WSBK ia juga salah satu superbike paling ekstrem yang pernah ditawarkan kepada orang awam.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Baca Juga : Ducati V21L Perkenal Bateri Solid-State

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI