Automotif

Ducati ‘Hidupkan’ Semangat Renaissance, Marc Márquez Takluk Mugello

Share

Marc Márquez Takluk Mugello dengan Kemenangan Ke-93

Pasukan Ducati bukan sahaja mencuri tumpuan dengan livery baharu bertemakan Renaissance, tetapi juga menutup hujung minggu Grand Prix Itali 2025 dengan kemenangan bergaya menerusi Marc Márquez dengan kemenangan ke-93 dalam kerjayanya dan yang pertama di Mugello sejak 2014.

Renaissance Bertemu Perlumbaan: Cerita Di Sebalik Livery Ikonik

Sebelum enjin dihidupkan di grid, mata sudah terpaku kepada dua jentera Ducati Lenovo Team Desmosedici GP25 milik Marc Márquez dan Francesco Bagnaia.

Motosikal mereka kali ini tampil dengan rekaan livery khas sempena perlumbaan di tanah air Ducati.

Ducati mengambil inspirasi daripada era Renaissance, lahir di kota Florence yang hanya terletak beberapa kilometer dari Mugello.

Direka oleh Aldo Drudi dan diperkukuh dengan penglibatan ahli sejarah Marcello Simonetta, livery ini mengangkat nilai-nilai agung tokoh seperti Leonardo da Vinci dan Niccolò Machiavelli.

Kredit Foto : Website Ducati

Márquez Tampil Seperti Kesatria, Bagnaia Hadapi Cabaran

Perlumbaan berlangsung sengit dari awal, dengan pertarungan epik antara dua pelumba utama Ducati Marc Márquez dan Francesco Bagnaia yang beberapa kali bertukar posisi di hadapan.

Sorakan peminat Itali jelas membayangi setiap gerakan ‘Pecco’ Bagnaia, namun isu cengkaman bahagian hadapan yang menghantui musimnya kembali muncul, menyebabkan beliau sukar mengekalkan momentum selepas pertengahan perlumbaan.

Kredit Foto : Website Ducati

Alex Márquez dari BK8 Gresini Ducati memanfaatkan kekacauan itu untuk memimpin seketika, sebelum Marc kembali menyerang pada lap ke-13 dan tidak menoleh ke belakang.

Fabio Di Giannantonio dari Pertamina VR46 Ducati pula muncul sebagai pencabar senyap, mengekori Bagnaia hingga ke garisan penamat, dan akhirnya merampas tempat ketiga dengan jarak hanya +2.136s di belakang Marc.

Keputusan Perlumbaan MotoGP Itali 2025 – Mugello

  1. Marc Márquez (SPA) – Ducati Lenovo – 41m 9.214s

  2. Alex Márquez (SPA) – BK8 Gresini Ducati – +1.942s

  3. Fabio Di Giannantonio (ITA) – Pertamina VR46 Ducati – +2.136s

  4. Francesco Bagnaia (ITA) – Ducati Lenovo – +5.081s

  5. Marco Bezzecchi (ITA) – Aprilia Racing – +9.329s

  6. Franco Morbidelli (ITA) – Pertamina VR46 Ducati – +16.866s
    (senarai penuh di bawah)

Kemenangan Simbolik di Litar Bersejarah

Bagi Márquez, kemenangan ini bukan sekadar satu lagi trofi.

Ia adalah kemenangan simbolik perlumbaan ke-93 yang dimenangi beliau.

ini juga menandakan nombor perlumbaan keramatnya (93), dengan jentera yang dihiasi elemen sejarah negaranya, di hadapan penyokong yang menyaksikan transformasi Ducati dalam dunia perlumbaan moden.

Kredit Foto : Website Ducati

Dan untuk Ducati, Ducati Renaissance Livery ini bukan sekadar kosmetik.

Ia adalah refleksi jati diri jenama yang tidak hanya mengejar kelajuan, tetapi juga mengekalkan sentuhan seni dan budaya yang menjadi darah daging Itali.

Nota penuh keputusan 10 teratas GP Itali 2025:

  1. Marc Márquez (SPA) – Ducati Lenovo

  2. Alex Márquez (SPA) – BK8 Gresini Ducati

  3. Fabio Di Giannantonio (ITA) – Pertamina VR46 Ducati

  4. Francesco Bagnaia (ITA) – Ducati Lenovo

  5. Marco Bezzecchi (ITA) – Aprilia Racing

  6. Franco Morbidelli (ITA) – Pertamina VR46 Ducati

  7. Raul Fernandez (SPA) – Trackhouse Aprilia

  8. Pedro Acosta (SPA) – Red Bull KTM

  9. Brad Binder (RSA) – Red Bull KTM

  10. Ai Ogura (JPN) – Trackhouse Aprilia*

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Baca Juga : The Art of Unexpected – Kerjasama Terbaharu Ducati & Lamborghini

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi