
Dodge rasmi memulakan pengeluaran Charger Scat Pack 2026 model dua pintu yang kini kembali sebagai simbol sebenar modern muscle di kilang Stellantis Windsor Assembly Plant, Kanada.
Inilah permulaan fasa baharu untuk barisan Dodge yang kini ditawarkan dalam konfigurasi ICE “SIXPACK” dan EV “Daytona”, menandakan hala tuju masa depan yang lebih fleksibel untuk peminat muscle car di Amerika.
Dodge kali ini hadir dengan enjin 3.0L Twin Turbo Hurricane inline-six High Output, unit enam selinder moden yang dan menghapuskan mitos bahawa “muscle car mesti V8”.
Angka yang ditawarkan :
550 hp
531 lb-ft tork
0–60 mph hanya 3.9 saat
Ini adalah bukti bahawa Dodge kini melangkah ke era kejuruteraan moden tetapi mengekalkan DNA mereka.
Unit pertama akan sampai ke bilik pameran hujung bulan ini.
Selain Charger Scat Pack, kilang Windsor turut memasang:
Dodge Charger Daytona Scat Pack 2026 (670 hp, EV) – muscle car elektrik paling berkuasa dunia
Chrysler Pacifica & Grand Caravan
Dan bermula suku pertama 2026: Charger R/T SIXPACK serta model empat pintu SIXPACK yang lain
Permintaan yang dijangka tinggi memaksa Stellantis membuka syif ketiga dan menambah sehingga 1,500 pekerjaan baharu awal 2026. Proses pengambilan pekerja sudah pun bermula.
Ini bukan sekadar pelancaran model baharu tetapi ini adalah pembangunan semula kapasiti industri automotif Kanada.
Sejak 2022, Stellantis melaburkan hampir $1.9 bilion CAD
untuk menjadikan Windsor antara fasiliti paling moden dalam rangkaian global mereka. Antara transformasi yang sudah dibuat:Pemasangan STLA Large architecture – platform fleksibel yang menyokong ICE, hybrid dan EV
Tambahan 301 robot, sistem conveyor baharu dan barisan sel bateri khusus untuk BEV
Naik taraf 410 workstation untuk ketepatan lebih tinggi
Penambahan 600 jurutera di ARDC dan 1,000 pekerjaan di NextStar Energy
Pembukaan Mopar Parts Distribution Centre baharu di Brampton
Bakal dibuka – North America Battery Technology Centre serta NextStar Energy Gigafactory, kilang bateri pertama Kanada
Dalam erti kata lain, Stellantis sedang membina ekosistem automotif masa depan di Kanada.
Trevor Longley, Presiden & CEO Stellantis Kanada, menyifatkan pelancaran ini sebagai momen besar:
“Dodge Charger kini memberi kebebasan kepada pelanggan untuk memilih ICE atau BEV. Semua ini dibina di Windsor, hasil gabungan prestasi dan inovasi moden.”
CEO Dodge, Matt McAlear pula menegaskan barisan baharu ini sudah pun menerima pengiktirafan peringkat global termasuk Ward’s 10 Best Interiors
, Ward’s 10 Best Propulsion Systems dan MotorWeek Drivers’ Choice Award.Dengan 550 hp, dua pintu, tork yang berkuasa dan dua pilihan teknologi inilah Dodge era baharu. Kanada mungkin bukan tanah kelahiran muscle car, tetapi di sinilah generasi moden Charger mula dibentuk semula.
Baca Juga : Dodge Charger Daytona EV 2026 Hadir Dengan Varian Empat Pintu
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.