Dodge Charger Scat Pack 2026 Era Baharu “Muscle Car” Dibina di Kanada

Dodge rasmi memulakan pengeluaran Charger Scat Pack 2026  model dua pintu yang kini kembali sebagai simbol sebenar modern muscle  di kilang Stellantis Windsor Assembly Plant, Kanada.

Inilah permulaan fasa baharu untuk barisan Dodge yang kini ditawarkan dalam konfigurasi ICE “SIXPACK” dan EV “Daytona”, menandakan hala tuju masa depan yang lebih fleksibel untuk peminat muscle car di Amerika.

SIXPACK: Enjin “Hurricane” Paling Berkuasa Pernah Dipasang Pada Dodge

Dodge kali ini hadir dengan enjin 3.0L Twin Turbo Hurricane inline-six High Output, unit enam selinder moden yang dan menghapuskan mitos bahawa “muscle car mesti V8”.

Angka yang ditawarkan :

  • 550 hp

  • 531 lb-ft tork

  • 0–60 mph hanya 3.9 saat

Ini adalah bukti bahawa Dodge kini melangkah ke era kejuruteraan moden tetapi mengekalkan DNA mereka.

Unit pertama akan sampai ke bilik pameran hujung bulan ini.

Ads
Dodge Charger Scat Pack 2026 Mula Diproduksi di Kanada
Kredit Foto : Stellantis North America

Windsor Assembly: Kilang Yang Menghidupkan “Legenda Baharu”

Selain Charger Scat Pack, kilang Windsor turut memasang:

  • Dodge Charger Daytona Scat Pack 2026 (670 hp, EV) – muscle car elektrik paling berkuasa dunia

  • Chrysler Pacifica & Grand Caravan

  • Dan bermula suku pertama 2026: Charger R/T SIXPACK serta model empat pintu SIXPACK yang lain

Permintaan yang dijangka tinggi memaksa Stellantis membuka syif ketiga dan menambah sehingga 1,500 pekerjaan baharu awal 2026. Proses pengambilan pekerja sudah pun bermula.

Ini bukan sekadar pelancaran model baharu tetapi ini adalah pembangunan semula kapasiti industri automotif Kanada.

Ads
Dodge Charger Scat Pack 2026 Mula Diproduksi di Kanada
Kredit Foto : Website The Drive

Sejak 2022, Stellantis melaburkan hampir $1.9 bilion CAD untuk menjadikan Windsor antara fasiliti paling moden dalam rangkaian global mereka. Antara transformasi yang sudah dibuat:

  • Pemasangan STLA Large architecture – platform fleksibel yang menyokong ICE, hybrid dan EV

  • Tambahan 301 robot, sistem conveyor baharu dan barisan sel bateri khusus untuk BEV

  • Naik taraf 410 workstation untuk ketepatan lebih tinggi

  • Penambahan 600 jurutera di ARDC dan 1,000 pekerjaan di NextStar Energy

  • Pembukaan Mopar Parts Distribution Centre baharu di Brampton

  • Bakal dibuka – North America Battery Technology Centre serta NextStar Energy Gigafactory, kilang bateri pertama Kanada

Dalam erti kata lain,  Stellantis sedang membina ekosistem automotif masa depan di Kanada.

“Ini Langkah Penting dalam Evolusi Muscle Car” – Dodge

Trevor Longley, Presiden & CEO Stellantis Kanada, menyifatkan pelancaran ini sebagai momen besar:

Ads

“Dodge Charger kini memberi kebebasan kepada pelanggan untuk memilih ICE atau BEV. Semua ini dibina di Windsor, hasil gabungan prestasi dan inovasi moden.”

CEO Dodge, Matt McAlear pula menegaskan barisan baharu ini sudah pun menerima pengiktirafan peringkat global termasuk Ward’s 10 Best Interiors, Ward’s 10 Best Propulsion Systems dan MotorWeek Drivers’ Choice Award.

Dengan 550 hp, dua pintu, tork yang berkuasa dan dua pilihan teknologi inilah Dodge era baharu. Kanada mungkin bukan tanah kelahiran muscle car, tetapi di sinilah generasi moden Charger mula dibentuk semula.

Baca Juga : Dodge Charger Daytona EV 2026 Hadir Dengan Varian Empat Pintu

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads