Automotif

DHL Express Perluaskan Penggunaan Kenderaan EV Dengan Penambahan E-Bike Dan Van Elektrik

Share

DHL Express terus menunjukkan komitmen mereka terhadap kelestarian alam sekitar melalui penambahan 44 van elektrik dan tujuh skuter elektrik di Malaysia.

Pelaburan terkini ini merupakan kesinambungan pencapaian cemerlang mereka sebagai syarikat kurier pertama di negara ini menggunakan kenderaan elektrik untuk kegunaan logistik pada Oktober 2022.

Skuter elektrik pintar Blueshark R1 adalah penambahan terkini yang digunakan oleh pihak DHL untuk  pengambilan dan penghantaran dokumen serta penghantaran parcel yang kecil. Selain itu, ia menyediakan sokongan despatch ad-hoc untuk urusan surat-menyurat bagi sektor kerajaan. DHL akan menggunakan skuter dua roda ini di laluan operasi mereka di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, dan Ipoh.

Setiap e-bike dilengkapi dengan bateri dwi-kapasiti 2.88kWH yang membolehkan jarak NEDC sehingga 110 kilometer dan masa mengecas hanya 3.5 jam daripada sumber kuasa 220 hingga 240V.

Kelebihan ini tidak hanya memberikan jarak yang memuaskan, tetapi juga menjadikan Blueshark R1 sebagai penyelesaian yang berkesan untuk membawa muatan yang lebih ringan dalam keadaan jalan bandar yang sesak  tanpa emisi. Dengan mengurangkan output CO2e sebanyak 90 peratus berbanding enjin konvensional 150cc, Blueshark R1 memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Pengumuman ini juga melibatkan peningkatan jumlah e-van yang beroperasi daripada 10 unit kepada 54 unit, meluaskan liputan ke negeri-negeri lain seluruh negara selain Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Johor.

Pengenalan model CAM EA4 dan Foton iBlue dijangka akan membawa kepada pengurangan kos bahan api sebanyak 74 peratus dan peningkatan kecekapan karbon sebanyak 63.5 peratus berbanding dengan van enjin pembakaran dalaman (ICE) yang digantikan.

Thushan Gooneratne, Naib Presiden Operasi, DHL Express Malaysia, berkata, “Inovasi dalam pembangunan EV telah menghasilkan bukti bahawa kelestarian dan prestasi boleh berjalan seiring. Kami yakin dengan peranan kami sebagai pendorong untuk mempercepat penerimaan dan memudahkan perubahan positif dalam sektor logistik.”

Pihak DHL Express Malaysia mempunyai rancangan untuk memindahkan 23 peratus daripada semua kenderaan penghantaran last-mile di Malaysia kepada elektrik menjelang akhir 2024. Langkah ini akan membawa kepada pencapaian sasaran kumpulan untuk memiliki 60 peratus kenderaan elektrik menjelang 2030.

Melalui Internet of Vehicles (IoV) Blueshark, pelanggan kenderaan dapat memantau dan menjejaki kenderaan mereka secara langsung. Ini termasuk data penting seperti metrik prestasi, sejarah pemanduan, keadaan kenderaan, dan julat bateri.

Kecekapan operasional penghantaran dapat ditingkatkan, sambil mengurangkan emisi karbon, melalui operasi Blueshark yang efisien dengan kos tenaga yang lebih rendah.

Elektrifikasi kenderaan adalah langkah utama dalam  Jalan Kelestarian Kumpulan DHL, yang melabur sebanyak 7 bilion EUR dalam dekad ini untuk mencapai sifar emisi karbon. DHL Express kini mempunyai 29,200 EV yang beroperasi di seluruh rangkaian antarabangsa, di mana 27,800 terlibat dalam pengambilan dan penghantaran barang.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi