Cycle & Carriage terus memperluas rangkaian selepas jualan mereka dengan pembukaan pusat servis khas untuk kenderaan Peugeot di Batu Caves.
Langkah ini dimeterai melalui kerjasama rapat bersama Stellantis Malaysia, dan bakal menjadi antara pusat servis utama jenama itu di kawasan Lembah Klang.
Pusat servis ini dibina di atas keluasan 8005 kaki persegi dan dilengkapi dengan lima ruang kerja servis serta lima ruang kerja “body & paint”.
Pusat ini mampu mengendalikan pelbagai kerja penyelenggaraan daripada servis rutin hinggalah kerja pembaikan badan kenderaan dan semburan cat penuh, kesemuanya dengan peralatan moden dan kakitangan teknikal terlatih.
Bagi pelanggan yang menunggu, Cycle & Carriage turut menyediakan lounge untuk pelanggan yang mempunyai penyaman udara , akses Wi-Fi, minuman ringan, dan tempat duduk yang selesa.
Ia direka untuk memberikan pengalaman menunggu yang lebih mesra dan profesional.
Menurut Adrian Short, Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage, pembukaan pusat servis ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan mereka untuk meningkatkan kualiti pengalaman pelanggan.
Isaac Yeo, Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, turut menegaskan bahawa kerjasama ini penting dalam strategi jangka panjang mereka untuk pertumbuhan di Malaysia.
“Pengembangan rangkaian kami adalah tonggak penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang Stellantis Malaysia. Fasiliti baharu ini membuktikan komitmen kami bersama Cycle & Carriage untuk menetapkan penanda aras baharu dalam kecemerlangan servis selepas jualan,”
ujar beliau.Sepanjang bulan Julai, pelanggan yang membuat temu janji servis di Cycle & Carriage Batu Caves akan menerima pelbagai manfaat percuma.
Antaranya adalah pemeriksaan kesihatan bateri, pemeriksaan sistem penghawa dingin, diagnostik menggunakan DiagBox, pemeriksaan keselamatan 30 poin, cucian kereta serta “welcome gift”.
Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh mendapatkan unit Peugeot 3008 terpakai dengan harga bermula dari RM108,000.
Unit ini boleh didapati di bilik pameran Cycle & Carriage di Cheras dan George Town.
Lebih menarik unit ini ditawarkan dengan perbatuan rendah, waranti sehingga 2031, serta servis penuh di pusat servis sah Peugeot.
Semua unit turut menjalani pemeriksaan rapi sebelum diserahkan kepada pembeli.
Cycle & Carriage Batu Caves dibuka dari jam 8 pagi – 5 petang (Isnin–Jumaat), dan 8 pagi – 12 tengah hari (Sabtu) dan ditutup pada hari Ahad.
Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat temu janji, pelanggan boleh melayari www.cyclecarriage.com.my atau menghubungi chatbot WhatsApp di +6012-6202042.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Baca Juga : Adrian Short Dilantik CEO Baharu Cycle & Carriage Malaysia