Automotif

Citroën SM Kembali dengan Sentuhan DS Concept

Share

Citroën SM, sebuah jentera daripada era 1970-an, muncul kembali dengan gaya yang lebih moden dan berkelas.

Penjelmaan Semula Ikonik dengan Gaya Moden

Penjelmaan semula ini hadir dalam bentuk kereta konsep di bawah jenama DS Automobiles.

Ianya merupakan cabang mewah Citroën yang kini berada di bawah naungan Stellantis selepas penggabungan FCA-PSA.

Kredit Foto : Website autodrive

Dinamakan sebagai SM Tribute, kereta konsep ini menggabungkan unsur retro dengan sentuhan inovasi moden.

Kereta ini seolah-olah ia telah berevolusi dalam diam selama 50 tahun yang lalu.

Dimensi dan Reka Bentuk Futuristik

SM Tribute sedikit lebih panjang dengan tambahan 1.1 inci, lebih lebar sebanyak 5.5 inci, dan lebih rendah 1.4 inci berbanding model asalnya.

Penambahbaikan aerodinamik juga turut dilakukan.

Reka bentuk gril kaca khas SM lama digantikan dengan skrin 3D yang juga berfungsi sebagai bar cahaya.

Kredit Foto : Website autodrive

Lampu utama berputar ikonik diganti dengan jalur LED nipis, memberikan sentuhan futuristik yang seiring dengan perkembangan zaman.

Ia turut dilengkapi rim aloi bersaiz 22 inci yang lebih besar dan moden, jauh berbeza daripada roda 15 inci yang digunakan pada model asal.

Kredit Foto : Website autodrive

Revolusi Bahagian Dalaman

Walaupun tidak ada kepastian mengenai penggunaan suspensi hidropneumatik revolusioner seperti yang digunakan oleh SM asal, SM Tribute

masih mengekalkan identiti ikoniknya.

Warna cat Gold Leaf yang digunakan juga merupakan pilihan klasik yang dihidupkan semula.

Kredit Foto : Website autodrive

Bahagian dalamannya pula hadir dengan ciri futuristik dengan paparan digital tanpa sebarang kawalan fizikal.

Reka bentuk stereng yang berbentuk segi empat juga dilengkapi dengan paparan tersendiri, melengkapkan suasana moden dalam kabin.

Sistem Pacuan Elektrik yang Misteri

DS Automobiles masih merahsiakan mengenai sistem pacuan yang digunakan, tetapi besar kemungkinan konsep ini menggunakan teknologi elektrik sepenuhnya.

Kredit Foto : Website autodrive

Sebagai imbasan sejarah, Citroën SM asal pernah dinobatkan sebagai Motor Trend Car of the Year 1972, sebuah kenderaan mewah berprestasi tinggi dengan enjin Maserati V-6—hasil kerjasama Citroën dan Maserati antara tahun 1968 hingga 1975.

Masa Depan DS Automobiles dengan EV Baharu

Walaupun SM Tribute ini hanya kekal sebagai model konsep, DS Automobiles sedang bersedia untuk melancarkan dua model EV baharu berasaskan platform STLA Medium.

Salah satunya dijangka menjadi versi produksi Aero Sport Lounge, yang mungkin dinamakan DS8 Crossback, manakala satu lagi mungkin sebuah fastback yang lebih tinggi menggantikan DS9.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi