
Dalam dunia minimoto yang kian mendapat tempat di hati penunggang muda, kehadiran XO PAPIO RACER menawarkan sesuatu yang benar-benar mencuri tumpuan.
Ia bukan sekadar sebuah motosikal kecil untuk dijadikan “fun bike” tetapi model ini membawa interpretasi baharu dalam segmen retro-racing yang menggabungkan rekaan klasik era 1980-an dengan teknologi moden dalam pakej yang menarik.
Bagi penggemar minimoto yang mahukan sesuatu yang unik, bergaya dan mampu menjadi koleksi, XO PAPIO RACER ialah model yang sengaja dicipta untuk “diketengahkan” sesuai untuk mereka yang ingin mencari “fun bike”
XO PAPIO RACER tampil dengan reka bentuk retro yang diinspirasikan daripada jentera lumba mini klasik. Walaupun menawarkan bentuk yang comel pada pandangan pertama, ia sebenarnya hadir dengan siluet agresif hasil penggunaan fairing sisi penuh yang digabungkan dengan mini winglet.
Bahagian badan yang lebih “penuh” ini memberikan penampilan mini racer yang sebenar, lengkap dengan sentuhan aerodinamik dan proporsi yang seimbang.
Identiti XO PAPIO turut terserlah melalui penggunaan elemen XO secara menyeluruh termasuk lampu hadapan berbentuk XO dengan integrasi lampu tinggi dan lampu rendah. Lampu LED ini bukan sahaja ikonik, tetapi memberikan pencahayaan yang jelas serta futuristik, menjadikan motosikal ini tampil menonjol walaupun pada waktu malam.
Di sebalik rupa retro, XO PAPIO RACER dipacu dengan enjin satu silinder 126 cc, 4-lejang dengan penyejukan udara. Ia menghasilkan 7 kW pada 8,250 rpm serta 9.2 Nm pada 6,500 rpm, menjadikannya cukup responsif untuk tunggangan bandar dan laluan santai. Sistem suntikan bahan api Bosch EFI memberikan penghantaran bahan api yang tepat, sekaligus meningkatkan penjimatan dan kebolehpercayaan.
Menariknya, tangki bahan api 7 liter kini dioptimumkan untuk memberikan jarak perjalanan sehingga 350 km dan angka ini sangat mengagumkan bagi sebuah minimoto. Ini bermakna penunggang tidak lagi perlu risau tentang jarak jauh atau mengisi petrol dengan terlalu kerap.
Dengan berat hanya 114 kg dan ketinggian pelana 760 mm (atau 740 mm dengan aksesori), XO PAPIO RACER sesuai untuk semua peringkat penunggang, termasuk yang baru berjinak-jinak dalam dunia minimoto. Pelana selebar 216 mm memastikan keselesaan maksimum, manakala hendal yang ditinggikan 48 mm serta pemijak kaki yang digerakkan 114 mm ke hadapan mencipta posisi tunggangan lebih natural dan santai.
Keseluruhan pakej ini menghasilkan geometri tunggangan yang seimbang mudah dikawal dalam trafik, stabil di selekoh, dan cukup menyeronokkan untuk tunggangan gaya “playful”.
Walaupun kecil, aspek keselamatan tidak dikecualikan. XO PAPIO RACER kini hadir dengan:
ABS dwi-saluran (dual-channel)
TCS (Traction Control System)
Kedua-dua sistem ini bekerja serentak untuk mengelakkan roda terkunci semasa membrek mengejut, serta mengurangkan risiko kehilangan cengkaman ketika melalui permukaan licin. Ia menjadikan pengalaman tunggangan lebih yakin dan selamat dalam apa jua keadaan.
Suspensi turut diperkemaskan melalui:
Fork USD di bahagian depan
Monoshock tengah di bahagian belakang
Sementara sistem brek dilengkapi cakera hadapan 210 mm dengan angkup dua piston dan cakera belakang 190 mm, juga dengan angkup dua piston.
XO PAPIO RACER menggunakan paparan 3 inci berbentuk bulat yang menggabungkan jarum mekanikal dan skrin LCD monokrom. Ia turut menawarkan tujuh lampu indikator serta dua butang fizikal untuk memudahkan navigasi. Sambungan 4G juga disediakan sebagai pilihan tambahan.
Jenis: 1-silinder, 4-lejang, penyejukan udara
Sesaran: 126 cc
Bore x Stroke: 57 x 49.4 mm
Kuasa Maksimum: 7 kW @ 8,250 rpm
Tork Maksimum: 9.2 Nm @ 6,500 rpm
Sistem Bahan Api: EFI
Transmisi: 6 kelajuan
Panjang x Lebar x Tinggi: 1,750 x 700 x 975 mm
Jarak roda: 1,214 mm
Kelegaan bumi: 150 mm
Berat: 114 kg
Kapasiti tangki: 7 liter
Pilihan warna: Desert Khaki, Champion Blue, Nebula White
Brek:
Depan: Cakera 210 mm, angkup 2 piston
Belakang: Cakera 190 mm, angkup 2 piston
Suspensi:
Hadapan: Fork USD
Belakang: Monoshock tengah
Rim:
Depan: 12 x MT2.75 aloi ringan
Belakang: 12 x MT3.50 aloi ringan
Tayar:
Depan: 120/70 R12
Belakang: 130/70 R12
Untuk penunggang yang mahukan motosikal kecil sesuai untuk kegunaan harian, model ini sememangnya sukar ditandingi dalam kelasnya. Dengan personaliti yang menarik, ciri keselamatan yang lengkap dan rekaan yang mencuri perhatian, ia bakal menjadi pilihan utama peminat retro moden di Malaysia.
Baca Juga : CFMOTO 250SR Lite Kini di Malaysia, Harga Bermula RM9,988
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.