Pertukaran pemilikan kenderaan bagi individu yang telah meninggal dunia merupakan satu proses yang agak rumit. Namun ia masih boleh dilakukan jika dilakukan dengan betul.
Perlu tahu bahawa kenderaan yang masih berdaftar atas nama individu yang telah meninggal dunia hanya boleh mempebaharui cukai jalan hanya untuk tempoh 3 tahun sahaja oleh waris terdekat.
Tambahan pula jika kenderaan tersebut adalah untuk kegunaan harian untuk ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah pasti ianya akan menyukarkan keadaan.
Hari ini RODA PANAS ingin kongsikan tentang cara bagaimana nak tukar hak milik kenderaan individu yang telah meninggal dunia. Menurut sumber daripada laman sesawang bjak.my, terdapat beberapa panduan yang boleh dikongsikan dan semoga ia menjadi manfaat kepada kita semua.
1.Selesaikan Pembahagian Harta
Sekiranya pemilik kenderaan ada meninggalkan wasiat, maka urusan pertukaran hak milik akan menjadi mudah namun, sekiranya tiada, waris perlu menyelesaikan pembahagian harta terlebih dahulu kerana kereta milik si mati merupakan harta pusaka.
2.Surat Kuasa
Surat seperti Surat Geran Probet, Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad, Surat Perintah Mahkamah atau Surat Pentadbir Pusaka perlu didapatkan terlebih dahulu untuk memulakan proses pertukaran nama atau hak milik pemilik yang telah meninggal dunia. Waris akan memperoleh dokumen tersebut ketika proses untuk Urusan Harta Pusaka Kecil untuk si mati.
3.Buat Ujian Di PUSPAKOM
Seterusnya kenderaan perlu di hantar untuk pemeriksaan PUSPAKOM. Dapatkan geran asal kenderaan tersebut dan buat temujanji Ujian Tukar Hak Milik (B5) di PUSPAKOM berhampiran anda. Apabila ujian selesai anda akan memperoleh surat Keputusan pemeriksaan PUSPAKOM sama ada lulus atau gagal.
Sekiranya lulus anda boleh terus ke prosedur seterusnya namun jika gagal anda perlu membaiki kenderaan tersebut dan hantar semula untuk ujian di PUSPAKOM.
4.Perbaharuan Insurans Atas Nama Pemilik Baharu
Sebelum pergi JPJ, perbaharui insurans kenderaan terlebih dahulu, maklumkan kepada ejen insurans bahawa ianya adalah proses untuk menukar hak milik kenderaan
5.Sediakan Dokumen Yang Lengkap Untuk Urusan Di JPJ
Pemilik baru perlu melengkapkan beberapa borang beserta dokuman pengesahan pentadbir/pemilikan atau dokumen sokongan seperti :
6.Hadir ke JPJ
Pemilik Baharu boleh hadir ke JPJ berhampiran untuk proses pertukaran nama dan jangan lupa untuk bawa Bersama dokumen yang telah disenaraikan di atas.
7.Perbaharui Cukai Jalan
Akhir sekali, anda akan menerima geran kenderaan yang Baharu dan anda boleh meneruskan urusan memperbaharui cukai jalan di atas nama anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan berguna untuk anda di luar sana.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.