Pembayaran saman AES (Automated Enforcement System) kini boleh dilakukan dengan mudah menggunakan aplikasi JPJ MySikap, yang telah dilancarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai sebahagian daripada usaha memodenkan perkhidmatan yang disediakan kepada pengguna jalan raya di Malaysia.
Berikut adalah langkah-langkah bagaimana anda boleh membayar saman AES melalui aplikasi ini.
Pembayaran saman AES lebih mudah melalui laman sesawang JPJ MySikap. anda perlu mendaftar dan log masuk ke dalam laman sesawang tersebut.
Sekiranya anda sudah memiliki akaun MySikap, anda boleh terus log masuk menggunakan maklumat yang telah anda simpan. Jika anda belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar dengan mengisi maklumat yang diperlukan seperti nombor IC, alamat emel, dan nombor telefon.
Setelah berjaya log masuk, navigasikan ke menu “Kesalahan & Penalti” dalam laman sesawang tersebut. Menu ini akan menunjukkan semua saman yang telah dikeluarkan terhadap anda, termasuk saman AES. Anda juga boleh semak kesalahan melalui no pendaftaran kenderaan atau no kad pengenalan lain juga.
Anda boleh melihat butiran saman yang telah dikeluarkan terhadap kenderaan anda. Pilih saman AES yang anda ingin selesaikan. Anda juga akan dapat melihat jumlah denda yang perlu dibayar.
Setelah memilih saman yang ingin dibayar, pilih kaedah pembayaran yang disediakan oleh laman seswang tersebut. Pembayaran boleh dilakukan melalui pelbagai cara termasuk kad kredit, kad debit, atau melalui e-dompet. Ikuti arahan pada aplikasi untuk menyelesaikan transaksi pembayaran.
Setelah pembayaran berjaya, anda akan menerima resit pembayaran. Adalah penting untuk menyimpan atau mencetak resit ini sebagai bukti pembayaran yang sah, yang mungkin diperlukan untuk rujukan masa depan atau sebagai bukti pembayaran saman.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.