BYD Sime Motors Hantar Lebih 100 Unit BYD SEAL 6 Dalam Tempoh Seminggu

Hanya seminggu selepas pelancaran rasminya di Malaysia, BYD Sime Motors berjaya menyerahkan lebih daripada 100 unit BYD SEAL 6 kepada pelanggan di seluruh negeri. Pencapaian pantas ini mencerminkan tahap kecekapan pengedaran dan komitmen tinggi syarikat terhadap kepuasan pelanggan.

Penghantaran Pantas dan Menyeluruh

Dalam tempoh kurang tujuh hari, BYD Sime Motors telah menghantar model elektrik segmen sedan BYD SEAL 6 ke pusat pameran di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak, termasuk dalam warna Arctic White, Harbour Grey dan Misty Blue.

BYD Sime Motors Serah Lebih 100 Unit SEAL 6 Dalam Tempoh Seminggu

Pelanggan kumpulan pertama kini telah mula menerima kenderaan masing-masing, menandakan kemunculan rasmi BYD SEAL 6 di jalan raya Malaysia. Dengan penghantaran peringkat awal yang selesai, pelanggan kini boleh melihat, menyentuh dan memandu uji model ini di semua pengedar sah BYD di seluruh negara.

Malaysia Pasaran Antarabangsa Pertama

Menurut Adeline Lew, Pengarah Urusan BYD Sime Motors, Malaysia merupakan pasaran antarabangsa pertama menerima model BYD SEAL 6, sesuatu yang dianggap sebagai tanda kepercayaan BYD terhadap pasaran tempatan.

“Malaysia berbangga menjadi pasaran pertama di luar China yang menerima BYD SEAL 6. Ini bukan sekadar pelancaran model baharu, tetapi bukti komitmen kami untuk memenuhi permintaan pelanggan dengan profesionalisme dan semangat tinggi,” katanya.

Ads

“Kejayaan penghantaran cepat ini juga membuktikan kecekapan pasukan kami dalam memastikan setiap unit sampai ke seluruh negara tanpa kelewatan. Bagi kami, ini adalah tentang membina kepercayaan dan menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah dicapai oleh rakyat Malaysia,” tambahnya.

BYD Sime Motors Serah Lebih 100 Unit SEAL 6 Dalam Tempoh Seminggu

Langkah Besar ke Arah Masa Depan Mobiliti Elektrik

Kehadiran SEAL 6 menandakan langkah penting dalam memperkukuh ekosistem EV di Malaysia. BYD Sime Motors turut mengumumkan rancangan untuk meningkatkan rangkaian pengedar daripada 37 kepada 50 outlet menjelang 2026, sekali gus memperluas akses kepada jualan, servis dan kemudahan pengecasan di seluruh negara.

Ads

6 Ciri Terbaik Dalam Kelasnya

BYD SEAL 6 direka untuk menawarkan keseimbangan antara prestasi, keselesaan dan praktikaliti harian. Antara kelebihan utama yang ditawarkan termasuk:

  1. Sistem Suspensi Baharu: Dual Ball-joint MacPherson Strut dengan suspensi belakang Multi-Link untuk pengendalian mantap.

  2. Pacu Roda Belakang (RWD): Unik dalam segmennya, memberikan sensasi pemanduan lebih sporty.

  3. Dimensi Terbesar Dalam Kelas C-Segment: Memberi ruang dalaman yang luas dan selesa.

  4. Kawalan Stabil dan Radius Pusingan 5.5 Meter: Memudahkan manuver di kawasan sempit.

  5. 24 Ruang Simpanan Pintar & 525L Ruang Kargo: Praktikal untuk kegunaan seharian.

  6. Prestasi Mengujakan: Kuasa 160 kW, tork 330 Nm, pecutan 0–100 km/j dalam 7.5 saat dengan tiga mod pemanduan.

BYD Sime Motors Serah Lebih 100 Unit SEAL 6 Dalam Tempoh Seminggu

Pilihan Varian dan Harga

BYD SEAL 6 ditawarkan dalam dua varian iaitu Dynamic dan Premium, dengan harga jualan seperti berikut:

VarianHarga (RM)WarnaDalaman
DynamicRM100,000Arctic White, Harbour Grey, Misty BlueBlack + Grey
PremiumRM115,800Arctic White, Harbour Grey, Misty BlueBlack + Grey

Pakej Pelancaran Eksklusif Bernilai Sehingga RM6,288

Untuk 800 pelanggan pertama, BYD Sime Motors menawarkan pakej eksklusif pelancaran termasuk:

Ads

Pilihan 1: Pemilik Rumah Landed

  • Pengecas dinding (Wall Charger) percuma bernilai RM3,288

  • Rebat tunai eksklusif RM3,000

Pilihan 2: Pemilik Kediaman Bertingkat

  • Program Sime Platinum 4+ Power Up bernilai RM5,000 termasuk:

    • 4x pengecasan mudah alih di rumah setiap bulan

    • 2x perkhidmatan cuci & vakum kereta setiap bulan

    • 2x bantuan kecemasan EV percuma setahun (kawasan terpilih)

  • Rebat pelancaran eksklusif RM1,000

Setiap pembelian turut disertakan aksesori percuma seperti Vehicle-to-Load (V2L) adapter dan Type 2 charging cable, selain jaminan komprehensif:

  • Kenderaan: 6 tahun / 150,000 km

  • Drive Unit: 8 tahun / 160,000 km

  • Bateri Blade Tegangan Tinggi: 8 tahun / 160,000 km

Dengan penghantaran melebihi 100 unit dalam masa seminggu, BYD Sime Motors menunjukkan bahawa permintaan terhadap BYD SEAL 6 bukan sekadar hype, tetapi satu realiti dalam gelombang baharu mobiliti elektrik di Malaysia.

Tempahan kini dibuka di semua bilik pameran BYD seluruh negara dan buat pertama kali, rakyat Malaysia boleh benar-benar merasai revolusi “Seal the Future” di jalan raya kita sendiri.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Baca Juga : BYD SEAL 6 EV Dilancarkan di Malaysia, Harga Bermula RM100,000

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI