Automotif

Boon Siew Honda Hulur Bantuan Pemulihan Motosikal Terjejas Banjir

Share

Honda Assist: Flood Campaign 

Boon Siew Honda (BSH) menunjukkan komitmen terhadap komuniti dengan memperkenalkan Honda Assist: Flood Campaign, sebuah inisiatif khas yang bertujuan membantu pemilik motosikal Honda memulihkan kenderaan mereka yang terjejas akibat banjir.

Program ini berlangsung dari 8 hingga 31 Disember 2025, selaras dengan usaha BSH untuk meringankan beban rakyat ketika musim tengkujuh.

Prihatin Terhadap Keadaan Cuaca Semasa

Dengan beberapa kawasan di Malaysia berdepan banjir susulan cuaca ekstrem, BSH tampil untuk membantu komuniti yang terjejas dengan memastikan pemilik motosikal Honda

menerima bantuan sewajarnya bagi memastikan keselamatan serta motosikal mereka dapat dibaik pulih untuk kegunaan harian.

Apa Yang Ditawarkan Dalam Program Ini?

Honda Assist: Flood Campaign menyediakan pemeriksaan motosikal secara komprehensif untuk semua model motosikal Honda yang terlibat dalam bencana banjir.

Untuk pemilik motosikal bawah 250cc, BSH menawarkan Pakej Pemulihan Asas Banjir secara PERCUMA, meliputi:

  • 1 botol minyak enjin Pro Honda

  • 1 unit palam pencucuh (spark plug)

  • 1 set pad brek atau brake shoe berserta seat set

  • 1 botol pencuci enjin Pro Honda

Pakej ini bukan saja memudahkan proses pemulihan, malah membantu pemilik memastikan motosikal mereka kembali selamat dan berfungsi dengan baik selepas terendam air banjir.

Pemilik motosikal boleh mendapatkan bantuan ini di lokasi berikut:

  • Honda Impian X – untuk motosikal bawah 250cc

  • Honda BigWing seluruh negara – untuk motosikal 250cc ke atas

Syarat Dokumen dan Cara Mendapatkan Bantuan

Bagi memastikan hanya pemilik yang benar-benar terjejas menerima manfaat ini, pengguna perlu membawa salinan laporan polis atau surat pengesahan pegawai daerah yang menyatakan kawasan mereka terlibat dengan banjir.

Pengguna juga digalakkan membuat janji temu awal dengan pengedar bagi melancarkan proses pemeriksaan.

Rakan Kolaborasi Turut Sama Membantu

Program ini turut disokong oleh beberapa rakan industri utama, termasuk:

  • PETRONAS

  • ThreeBond

  • Niterra Malaysia

  • Denso

Gabungan sokongan ini membuktikan komitmen bersama dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya, terutamanya ketika situasi bencana.

Semoga usaha ini dapat meringankan beban pemilik motosikal Honda yang terjejas akibat bencana banjir.

Baca Juga : Honda Gold Wing 50th Anniversary, Penyerahan Eksklusif Kepada Pemilik

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi