Melangkah dari garis sejarah BMW Motorrad R 18, BMW R 18 Roctane muncul sebagai penanda kelima dalam barisan modelnya. Gabungan antara elemen warisan yang klasik dengan teknologi pemanduan terkini, motosikal ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang serba hebat.
Dibangunkan dengan rangka baja tiub dwi-galas yang khas, BMW R 18 Roctane memancarkan keindahan rekaan BMW Motorrad. Lengan ayun belakang (swing arm) yang melingkupi penumpang belakang membentuk satu imej ikonik.
Dengan penyesuaian ergonomik yang teliti, ‘foot peg’ di tengah dan tempat duduk dua tahap menjanjikan keselesaan pemanduan yang optimal. Ditambah dengan papan digital yang dikemas kini, paddle gearshift, dan handlebar tinggi berwarna hitam licin, motosikal ini tidak hanya menawarkan gaya, tetapi juga prestasi.
Dilengkapi dengan enjin ‘Big Boxer’, BMW R 18 Roctane menjanjikan kuasa dan tork yang mengagumkan. Dengan hamburan kuasa sehingga 67 kW (91HP) pada 4,750 rpm dan tork maksimum pada 158 Nm, setiap pecutannya adalah satu pengalaman yang memuaskan.
Perincian lain seperti Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), tiga mod pemanduan standard – Rock, Roll dan Rain, serta Kawalan Pelayaran Dinamik, Keyless Ride turut ditambah bagi memberikan pengalaman pemanduan yang sesuai untuk apa jua keadaan dan situasi sepenuhnya.
BMW R 18 Roctane hadir dengan perincian terkini untuk keselesaan dan keselamatan tambahan. Lampu Depan Adaptif memberikan pancaran cahaya kepada jalan dengan lebih baik, manakala Kawalan Mula Bukit memudahkan pengendalian pada permukaan yang mencabar.
Dengan penawaran warna luaran seperti Mineral Grey Metallic dan Manhattan Metallic Matte, BMW R 18 Roctane mempersembahkan keanggunan yang tiada tandingannya di jalan.
Akhir sekali, BMW R 18 Roctane meneruskan warisan BMW Motorrad dengan gaya moden yang memukau. Ia bukan sahaja sebuah motosikal, tetapi sebuah karya seni yang memenuhi kehendak penunggang yang menghargai keunikan dan prestasi.
Baca: Pameran BMW Premium Selection 2024, Lebih Gah dan Menarik!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.