
BMW Malaysia mengumumkan penganjuran kempen jualan khas seluruh negara, “March Into Joy”, yang berlangsung dari 6 hingga 8 Mac 2026 di semua Pengedar Sah BMW di Malaysia.
Kempen masa terhad ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati pelbagai tawaran eksklusif serta pakej pemilikan menarik bagi beberapa model BMW terpilih.
Melalui kempen ini, BMW Malaysia terus menonjolkan pengalaman pemanduan premium yang sinonim dengan falsafah “Sheer Driving Pleasure”, di samping menawarkan pakej kewangan dan pemilikan yang lebih menarik kepada pelanggan yang ingin memiliki model BMW baharu.
Antara model yang diketengahkan sepanjang kempen ini ialah BMW 218 Gran Coupé Sport, yang kini hadir dengan BMW Iconic Glow Kidney Grille sebagai ciri standard tanpa sebarang kos tambahan. Model sedan kompak empat pintu ini turut ditawarkan dengan kadar faedah serendah 0.81 peratus untuk tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun.
Melalui BMW Financial Services, pelanggan boleh menikmati ansuran bulanan bermula serendah RM1,688, sekali gus menjadikan pemilikan model premium ini lebih mudah diakses. Tawaran ini turut disertakan dengan pakej BMW Service & Repair Inclusive percuma selama empat tahun. Bagaimanapun, unit yang ditawarkan adalah terhad dan promosi ini sah sehingga 31 Mac 2026
.Selain itu, BMW Malaysia turut menawarkan kadar faedah bermula 1.68 peratus menerusi pelan pembiayaan BMW Straight Line bagi beberapa model BMW terpilih. Tawaran ini memberikan nilai pemilikan yang lebih menarik kepada pelanggan yang ingin menaik taraf kepada kenderaan premium Jerman tersebut.
Bagi meningkatkan lagi ketenangan fikiran pemilik, pelanggan yang layak juga akan menerima BMW Service Inclusive percuma selama enam tahun bersama BMW Repair Inclusive selama lima tahun, menjadikan kos penyelenggaraan jangka panjang lebih terurus.
Sepanjang kempen “March Into Joy”, pelanggan turut dijemput mengunjungi bilik pameran Pengedar Sah BMW bagi menikmati pelbagai aktiviti serta promosi eksklusif yang dianjurkan oleh setiap pengedar.
Memandangkan aktiviti dan tawaran mungkin berbeza mengikut lokasi pengedar, pelanggan disarankan untuk menghubungi pengedar BMW pilihan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi yang ditawarkan sepanjang kempen ini.
Maklumat lanjut mengenai kempen BMW March Into Joy 2026 boleh didapati di laman web rasmi BMW Malaysia atau melalui Pengedar Sah BMW terdekat di seluruh negara.
Baca Juga : Kerjasama BMW Group Malaysia dan Universiti Malaya ke Arah Penggunaan Semula Bateri EV
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.