Automotif

BMW M2 CS 2026 “Compact Car” Terpantas Di Litar Nürburgring-Nordschleife

Share

2026 BMW M2 CS: Raja Baharu Nürburgring Dalam Kategori Kompak

BMW sekali lagi membuktikan dominasi kejuruteraan Jerman mereka dengan memperkenalkan 2026 BMW M2 CS.

Jentera ini kini memegang gelaran kereta kompak terpantas di litar Nürburgring-Nordschleife.

Dalam dunia permotoran, setiap detik di litar ini sangat berharga dan M2 CS berjaya memadam rekod lama dengan rekod yang cukup mengejutkan.

Kredit Foto : Website speedbites

Lebih Pantas 13 Saat dari M2 Biasa

Dipandu oleh jurutera pembangunan BMW M, Jörg Weidinger

, model prestasi tinggi ini mencatatkan masa rasmi 7:25.534 minit.

Jentera ini bukan sahaja mengatasi rekod Audi RS3 sebelumnya (7:33.123), tetapi juga lebih 13 saat pantas daripada masa M2 standard 2023 (7:38.706).

Ini juga menjadikan M2 CS sebagai kereta kompak pertama yang menembusi sempadan 7 minit 30 saat di “The Green Hell”.

Lebih mengejutkan, catatan masa ini adalah 3 saat lebih pantas daripada BMW M3 CS 2023 walaupun M2 CS mempunyai kuasa 20 hp lebih rendah.

Kredit Foto : Website Yahoo

Lebih Ringan, Lebih Berkuasa

M2 CS masih menggunakan enjin 3.0L enam silinder sebaris turbo berkembar seperti model asas.

Namun model ini telah ditala semula untuk menghasilkan 523 hp dan 479 lb-ft tork

, berbanding 473 hp pada versi standard.

Kuasa disalurkan terus ke roda belakang menerusi transmisi automatik 8-kelajuan, memberikan tindak balas yang lebih pantas dan efisien.

Selain penambahan kuasa, M2 CS juga banyak menggunakan bahan gentian karbon termasuk kerusi bucket, komponen aerodinamik, dan rim aloi ringan.

Model ini mencatat penurunan berat hampir 100 paun berbanding M2 biasa.

Bukti Kejuruteraan BMW M

Rekod ini adalah bukti bagaimana BMW M mampu memanfaatkan teknologi, aerodinamik, dan talaan casis untuk mencipta jentera berprestasi tinggi tanpa perlu bergantung kepada kuasa semata-mata.

BMW M2 CS 2026 bukan sahaja mengalahkan pesaing-pesaing utamanya, malah berjaya menyaingi model dari segmen lebih tinggi.

Ini menjadikannya bukan sekadar sebuah coupe prestasi tinggi  tetapi juga satu ikon dalam pembangunan kereta kompak masa depan.

Nürburgring Nordschleife adalah litar sepanjang 20.8 km, merupakan antara litar paling mencabar di dunia, dan sering menjadi penanda aras utama dalam industri automotif bagi prestasi sebenar sesebuah kenderaan.

Baca Juga BMW R 1300 GS Adventure Terbaharu Kini di Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi