Automotif

Sime Motors Umum Finalis Cabutan Bertuah 45 Tahun, BMW 218i Gran Coupé Sport Menanti Pemenang

Share

Siapa Bakal Menang BMW 218i Gran Coupé Sport

Sime Motors terus menghangatkan sambutan ulang tahun ke-45 mereka dengan pengumuman empat peserta akhir bagi cabutan bertuah hadiah utama dalam Kempen Hadiah Hebat Ulang Tahun Ke-45.

Kempen ini, yang berlangsung dari September hingga Disember 2025, kini menuju ke fasa penutup dengan majlis penyampaian hadiah utama dijadualkan pada April 2026.

Empat finalis, satu pemenang

Empat nama yang berjaya ke peringkat akhir ialah Melinda Yap, Alethia Ngo, Chia Sin Ya dan seorang lagi peserta yang memilih untuk kekal anonim. Hanya seorang akan dinobatkan sebagai pemenang utama, membawa pulang sebuah BMW 218i Gran Coupé Sport model empat pintu kompak premium yang cukup sinonim dengan gaya sporty dan praktikaliti harian.

44 pemenang, hadiah lebih RM400k

Sepanjang tempoh kempen empat bulan ini, Sime Motors telah menghadiahkan pelbagai ganjaran menarik kepada 44 pelanggan bertuah, dengan jumlah keseluruhan melebihi RM400,000. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk kerusi urut Ogawa, Apple iPhone 17 dan iPad, vakum Dyson serta konsol permainan seperti Sony PlayStation dan Nintendo Switch.

Menurut Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, kempen ini bukan sekadar pemberian hadiah, tetapi merupakan tanda penghargaan terhadap kepercayaan pelanggan yang telah bersama mereka selama ini. Sokongan berterusan pelanggan dilihat sebagai faktor utama kejayaan Sime Motors dalam industri automotif tempatan.

Hari ini, Sime Motors mewakili pelbagai jenama automotif global termasuk BMW, MINI, BMW Motorrad, BYD, Denza, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover, Porsche dan Volvo, selain kenderaan terpakai menerusi Auto Selection. Kepelbagaian ini memperkukuh kedudukan Sime Motors sebagai antara pemain utama dalam industri.

April ini penentu segalanya

Tumpuan kini terarah kepada majlis kemuncak pada April 2026, di mana seorang daripada empat finalis akan memandu pulang BMW 218i Gran Coupé Sport. Acara ini dijangka menghimpunkan pelanggan, rakan niaga dan warga Sime Motors dalam satu sambutan penuh makna, menandakan perjalanan 45 tahun syarikat ini dalam landskap automotif Malaysia.

Baca Juga : BMW Malaysia anjur kempen jualan “March Into Joy”

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Related Post
Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi