Benda mula tunjuk taring di pasaran global

Walaupun nama Benda mungkin masih baharu bagi ramai penunggang di Malaysia, jenama motosikal dari China ini semakin mendapat perhatian antarabangsa. Di negara asalnya, Benda sudah dikenali dengan rekaan berani dan pendekatan teknikal yang inovatif. Kini, syarikat tersebut memperkenalkan Dark Flag 950, sebuah cruiser premium yang menggunakan enjin V4 948cc konfigurasi yang jarang sekali ditawarkan oleh jenama Asia.

Benda Dark Flag 950 V4, Cruiser China Dengan Enjin V4
Kredit Foto : Website motorcyclenews

Enjin V4 buatan sendiri

Benda bukan sekadar “ikut trend”. Mereka mula membangunkan enjin V4 sejak 2021, pada awalnya dalam bentuk 496cc dan 1,198cc. Versi 496cc telah pun dipasarkan melalui model Dark Flag 500 pada tahun lalu. Dark Flag 950 pula membawa versi lebih besar  dengan kuasa 106.5 hp pada 10,000 rpm dan tork 85 Nm pada 8,000 rpm.

Menariknya, angka ini meletakkan ia sebaris dengan cruiser Barat yang jauh lebih besar kapasiti enjin seperti Indian Scout 1250 atau Harley-Davidson 1923cc dari segi output kuasa. Enjin ini digandingkan dengan transmisi enam kelajuan dan final drive jenis tali sawat (belt drive), sesuai dengan karakter cruiser moden.

Ads
Benda Dark Flag 950 V4, Cruiser China Dengan Enjin V4
Kredit Foto : Website motorcyclenews

Rekaan klasik, teknologi moden

Dark Flag 950 menggunakan rangka cradle besi dengan suspensi fork teleskopik dan penyerap hentak berkembar di belakan, konfigurasi tipikal untuk segmen cruiser. Namun, Benda menambah sentuhan mewah seperti tempat duduk kulit asli, tali kulit pada tangki 16 liter, serta panel meter bulat gaya retro yang sebenarnya ialah paparan TFT dengan sambungan telefon pintar.

Teknologi lain termasuk:

Ads
  • Ride-by-wire dengan cruise control dan traction control standard

  • Cylinder deactivation – mematikan dua silinder ketika idle atau beban ringan, seperti yang digunakan Ducati V4, untuk menjimatkan bahan api dan mengurangkan haba

  • Brek Brembo dengan cakera berkembar di hadapan, angkup radial empat piston dan master cylinder Brembo

  • Sistem ekzos 4 paip (dua di setiap sisi), menyerlahkan identiti enjin V4

Benda Dark Flag 950 V4, Cruiser China Dengan Enjin V4
Kredit Foto : Website motorcyclenews

Harga bakal jadi faktor utama

Seperti model-model Benda lain, harga dijangka menjadi tarikan terbesar. Di pasaran China, Dark Flag 950 dilancarkan sedikit lebih murah berbanding model LFC700. Jika dirujuk pada harga UK, LFC700 berharga sekitar £8,999, bermakna Dark Flag 950 mungkin dijual bawah £9,000 (lebih kurang RM53,000 sebelum cukai dan duti import).

Benda Dark Flag 950 V4, Cruiser China Dengan Enjin V4
Kredit Foto : Website motorcyclenews

Benda Dark Flag 950 membuktikan bahawa jenama China semakin serius dalam segmen motosikal besar. Dengan enjin V4 yang unik, kuasa setanding cruiser Amerika, serta teknologi moden yang dibungkus dalam gaya klasik ia bukan sekadar alternatif mampu milik, tetapi juga cabaran kepada jenama mapan.

Ads

Jika model ini menjejakkan kaki ke Malaysia suatu hari nanti, ia berpotensi menggugat dominasi cruiser dari Jepun, Amerika dan Eropah dalam kategori pertengahan ke premium.

Baca Juga : Benda LFC700 Pro, Cruiser ‘Luar Kotak’ yang Bikin Ramai Pandang Dua Kali

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI