Automotif

‘Balik Kampung’! Dua Buah Mercedes-Benz W123 Dipandu Hingga Ke Jerman!

Share

Salam sejahtera pembaca Roda Panas! Kali ini, kami bawakan kepada anda kisah pengembaraan yang unik dari dua buah Mercedes-Benz W123 yang masih teguh menelusuri jalan raya.

Suresh dan Pathmaram, dua peminat kereta klasik telah melakukan pengembaraan ke Jerman dengan menggunakan kereta masing-masing. Mari kita lihat apa yang mereka ada untuk dikongsi.

Hos: Suresh, bolehkah anda terangkan kepada kami tentang model kereta dibelakang ini?

Suresh: Tentu! Ini adalah Mercedes-Benz W123 wagon, sebuah model yang sangat ikonik dan saya memiliki versi tahun 1982.

Hos: Apakah modifikasi atau penambahbaikan yang telah dilakukan pada kereta ini?

Suresh: Kereta ini telah melalui proses pembaikan sepenuhnya, dengan setiap bahagian asal yang telah dipulihkan kepada keadaan asalnya.

Hos: Berapa pula kos yang anda telah laburkan untuk pembaikan ini?

Suresh: Sebagai gambaran kasar, saya telah membelanjakan lebih kurang RM40,000 untuk proses baik pulih ini.

Hos: Apakah kenangan paling berharga yang Suresh miliki dengan kereta ini?

Suresh: Salah satu pengalaman yang paling saya ingati adalah apabila saya mengemudi kereta ini dari Malaysia ke Jerman, melalui Eropah dalam tempoh 45 hari pada tahun 2023.

Hos: Bagaimana pula dengan perjalanan pulang?

Suresh: Untuk perjalanan pulang, kami memilih untuk menggunakan penerbangan, dengan kereta ini dihantar melalui kontena ke Malaysia.

Hos: Sungguh menarik! Andai kata ada yang berminat untuk membeli kereta ini, berapa harga yang Suresh nak letakkan?

Suresh: Harga sentimental bagi saya adalah sekitar RM100,000 hingga RM150,000.

Kredit Foto: FB Sri Jay Motor

Sementara itu, pengembaraan Suresh tidaklah sendirian, beliau berkonvoi dengan Pathmaram yang juga memiliki sebuah Mercedes-Benz W123, tetapi dalam versi sedan.

Hos: Pathmaram, apakah modifikasi yang telah anda lakukan kepada kereta anda?

Pathmaram: Saya telah menukarkan beberapa bahagian untuk meningkatkan prestasi, termasuk sistem gearbox dan enjin, tetapi masih mempertahankan kesan klasiknya.

Hos: Berapa kos yang telah Path belanjakan untuk baikpulih?

Pathmaram: Saya telah melabur sekitar RM25,000 untuk pembaikan enjin.

Hos: Boleh kongsi pengalaman paling berharga semasa pengembaraan ke Jerman?

Pathmaram: Salah satu pengalaman yang paling berharga adalah ketika kami berkhemah di China dan tidur dalam kereta kerana suhu yang terlalu sejuk di luar.

Hos: Mesti kenangan tersebut sukar untuk dilupakan, berapa pula value yang you nak letak dekat kereta ni ditambah dengan memori yang dilalui bersama…

Pathmaram: Bagi saya, kereta ini mempunyai nilai sentimental yang tidak dapat diukur dengan harga.

Hos: Itu dia pembaca, dua pengembara dengan pengalaman yang menakjubkan bersama Mercedes-Benz W123 mereka.

Kredit Foto: FB Sri Jay Motor

Fakta ringkas tentang W123 di Malaysia, diperkenalkan pada tahun 1976, Mercedes-Benz W123 adalah model sedan dan station wagon yang sangat popular di pasaran Malaysia.

Ia adalah penerus kepada model W114/W115 dan telah menetapkan standard baru dalam kualiti, keselamatan, dan kebolehpercayaan.

Di Malaysia, W123 terkenal dengan reka bentuk klasiknya, prestasi enjin yang boleh dipercayai, dan keselesaan pemandu dan penumpang. Model-model yang popular di pasaran Malaysia termasuk W123 200, W123 230E, dan W123 280E.

Keberhasilan W123 di pasaran Malaysia berterusan hingga akhir 1980-an, dan masih menjadi pilihan peminat kereta klasik hingga ke hari ini.

Baca: Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC Coupé Jentera Hibrid Ringan Berprestasi Hebat

++Mari la tengok platform Roda Panas yang lain di  YoutubeInstagram &  TikTok

 

Published by
Shazwan