Salam sejahtera pembaca Roda Panas! Kali ini, kami bawakan kepada anda kisah pengembaraan yang unik dari dua buah Mercedes-Benz W123 yang masih teguh menelusuri jalan raya.
Suresh dan Pathmaram, dua peminat kereta klasik telah melakukan pengembaraan ke Jerman dengan menggunakan kereta masing-masing. Mari kita lihat apa yang mereka ada untuk dikongsi.
Hos: Suresh, bolehkah anda terangkan kepada kami tentang model kereta dibelakang ini?
Suresh: Tentu! Ini adalah Mercedes-Benz W123 wagon, sebuah model yang sangat ikonik dan saya memiliki versi tahun 1982.
Hos: Apakah modifikasi atau penambahbaikan yang telah dilakukan pada kereta ini?
Suresh: Kereta ini telah melalui proses pembaikan sepenuhnya, dengan setiap bahagian asal yang telah dipulihkan kepada keadaan asalnya.
Hos: Berapa pula kos yang anda telah laburkan untuk pembaikan ini?
Suresh: Sebagai gambaran kasar, saya telah membelanjakan lebih kurang RM40,000 untuk proses baik pulih ini.
Hos: Apakah kenangan paling berharga yang Suresh miliki dengan kereta ini?
Suresh: Salah satu pengalaman yang paling saya ingati adalah apabila saya mengemudi kereta ini dari Malaysia ke Jerman, melalui Eropah dalam tempoh 45 hari pada tahun 2023.
Hos: Bagaimana pula dengan perjalanan pulang?
Ads
Suresh: Untuk perjalanan pulang, kami memilih untuk menggunakan penerbangan, dengan kereta ini dihantar melalui kontena ke Malaysia.
Hos: Sungguh menarik! Andai kata ada yang berminat untuk membeli kereta ini, berapa harga yang Suresh nak letakkan?
Suresh: Harga sentimental bagi saya adalah sekitar RM100,000 hingga RM150,000.
Sementara itu, pengembaraan Suresh tidaklah sendirian, beliau berkonvoi dengan Pathmaram yang juga memiliki sebuah Mercedes-Benz W123, tetapi dalam versi sedan.
Hos: Pathmaram, apakah modifikasi yang telah anda lakukan kepada kereta anda?
Pathmaram: Saya telah menukarkan beberapa bahagian untuk meningkatkan prestasi, termasuk sistem gearbox dan enjin, tetapi masih mempertahankan kesan klasiknya.
Ads
Hos: Berapa kos yang telah Path belanjakan untuk baikpulih?
Pathmaram: Saya telah melabur sekitar RM25,000 untuk pembaikan enjin.
Hos: Boleh kongsi pengalaman paling berharga semasa pengembaraan ke Jerman?
Pathmaram: Salah satu pengalaman yang paling berharga adalah ketika kami berkhemah di China dan tidur dalam kereta kerana suhu yang terlalu sejuk di luar.
Hos: Mesti kenangan tersebut sukar untuk dilupakan, berapa pula value yang you nak letak dekat kereta ni ditambah dengan memori yang dilalui bersama…
Pathmaram: Bagi saya, kereta ini mempunyai nilai sentimental yang tidak dapat diukur dengan harga.
Ads
Hos: Itu dia pembaca, dua pengembara dengan pengalaman yang menakjubkan bersama Mercedes-Benz W123 mereka.
Fakta ringkas tentang W123 di Malaysia, diperkenalkan pada tahun 1976, Mercedes-Benz W123 adalah model sedan dan station wagon yang sangat popular di pasaran Malaysia.
Ia adalah penerus kepada model W114/W115 dan telah menetapkan standard baru dalam kualiti, keselamatan, dan kebolehpercayaan.
Di Malaysia, W123 terkenal dengan reka bentuk klasiknya, prestasi enjin yang boleh dipercayai, dan keselesaan pemandu dan penumpang. Model-model yang popular di pasaran Malaysia termasuk W123 200, W123 230E, dan W123 280E.
Keberhasilan W123 di pasaran Malaysia berterusan hingga akhir 1980-an, dan masih menjadi pilihan peminat kereta klasik hingga ke hari ini.
Sebuah kapal korek dari China telah ditahan di perairan Tanjung Hantu, Segari dekat Manjung kerana gagal mengemukakan dokumen asal kapal dan pelepasan pelabuhan.
Kapal Chuan Hong 68 yang berdaftar di Fuzhou, China, ditahan bersama seorang kru yang tidak tersenarai dalam senarai kru kapal. Penahanan ini berlaku kira-kira jam 3.10 petang, pada jarak 14.8 batu nautika barat laut Tanjung Hantu.
Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, menyatakan bahawa kapal korek tersebut telah dikesan sedang bersauh oleh pasukan operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Hasil Pemeriksaan Kapal
“Setelah menerima maklumat tersebut. Anggota bot ronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan operasi di perairan negeri Perak segera diarahkan ke lokasi berkenaan untuk memeriksa kapal tersebut,” katanya.
Hasil pemeriksaan mendapati kapal korek itu dikendalikan oleh seorang nakhoda. Dengan bantuan 47 kru yang terdiri daripada 20 warga China, 26 warga Bangladesh, dan seorang warga Malaysia. Kesemua berumur antara 21 hingga 68 tahun.
Mohamad Shukri juga menyebut bahawa pemeriksaan lanjut menemukan 60 tong gas LPG memasak. 14 kilogram darinya tanpa dokumen sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dengan nilai kira-kira RM9,000.
Kesemua kru dan kapal tersebut ditahan untuk siasatan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952. Turut didakwa dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana tidak mempunyai dokumen sah untuk membawa barangan kawalan.
“Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan diambil,” tegasnya.
Sebarang laporan, aduan, atau insiden kecemasan di laut boleh dilaporkan kepada APMM di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di 05-6838737 atau MERS 999.
Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini berkongsi berberapa gambar di laman sosial mereka dengan memuat naik gambar sebuah pesawat Airbus A330 NEO dengan logo MAS yang sedang memulakan fasa pemasangan akhir di Toulouse.
Pesawat canggih ini menjadi simbol kemajuan terkini syarikat penerbangan nasional dalam usaha memperkukuhkan armada mereka.
Pesawat yang dinanti-nantikan ini menandakan pencapaian penting bagi Malaysia Airlines dalam usaha memodenkan armada pesawat mereka. Bahagian utama fuselage, sayap, dan ekor setiap satunya dihiasi dengan logo wau ikonik syarikat penerbangan ini kini telah dipasang sepenuhnya.
Proses pemasangan diteruskan dengan pemasangan kokpit, enjin, gear pendaratan, pendawaian elektrik, avionics, serta sistem bahan api dan hidraulik. Setiap langkah dilakukan dengan teliti untuk memastikan piawaian keselamatan dan kecekapan yang tertinggi.
Pesawat ini kemudian akan menjalani pemeriksaan darat yang teliti dan pemasangan kabin, sebagai persediaan untuk penerbangan ujian pertamanya.
Penambahan baharu kepada armada Malaysia Airlines ini dijangka meningkatkan keselesaan penumpang dan kecekapan operasi.
A330 NEO terkenal dengan aerodinamik yang canggih, enjin generasi baharu, dan kabin yang lebih luas, menjanjikan pengalaman penerbangan yang tiada tandingan.
A330 NEO ini dijadualkan untuk penghantaran pada suku ketiga tahun ini, menandakan babak baharu dalam komitmen Malaysia Airlines untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia.
Sebelum ni Malaysia Airlines telah menggunakan pesawat Airbus A380 sebagai pesawat penumpang terbesar milik mereka dan A330 NEO merupakan pengganti kepada pesawat komersial tersebut.
Pada tahun 1967, dunia automotif menyaksikan kehadiran salah satu supercar paling ikonik, Lamborghini Miura P400, yang direka oleh Marcello Gandini. Lamborghini Miura bukan sekadar kereta, ia adalah revolusi dalam dunia automobil yang mengubah pandangan industri terhadap sports car.
Dibina dari tahun 1966 hingga 1973, hanya 764 unit Lamborghini Miura yang pernah dibuat. Keunikan dan keistimewaan Miura menjadikannya lebih dari sekadar kereta, ia adalah simbol prestasi dan gaya.
Enam puluh tahun yang lalu, pada Mei 1963, syarikat “Automobili Ferruccio Lamborghini SAS” didaftarkan, menandakan bermulanya pengembaraan industri yang merevolusikan industri automotif dan mencipta ikon gaya. Syarikat ini kemudian berkembang menjadi “Automobili Lamborghini S.p.A,” yang kita kenali hari ini.
Pada Pameran Auto Turin 1965, Lamborghini Automobili memperkenalkan sesuatu yang luar biasa, sebuah karya yang belum pernah dilihat sebelumnya iaitu bukan kereta, tetapi rangka kereta. Nuccio Bertone, yang terpesona dengan rangka tersebut, mendekati Ferruccio Lamborghini dan berkata, “Saya orang yang dapat membuat kasut yang sesuai untuk kaki anda.” Ferruccio setuju tanpa ragu.
Dalam masa hanya empat bulan, Marcello Gandini, yang masih muda pada waktu itu, telah merancang badan untuk rangka tersebut. Kereta akhir, Lamborghini Miura, diperkenalkan pada Pameran Motor Geneva 1966 dan menjadi tumpuan utama pameran tersebut.
Namun, reaksi Ferruccio adalah kekecewaan. Saat pertama kali melihat kereta itu, beliau berkata, “Bagaimana saya harus memasukkan kaki saya ke dalamnya? Tidak ada lubang, lihat?”
Mereka kemudian kembali bekerja, dan dua tahun kemudian, pada Pameran Auto Brussels 1968, Bertone memperkenalkan Miura Roadster, yang dikonfigurasi sebagai targa. Dengan warna biru metalik yang cerah, bahagian belakang yang direka sedikit berbeza, tanpa penutup enjin dan yang paling penting, tanpa bumbung.
Di antara pemilik terkenal Miura termasuk bintang-bintang terkenal seperti Miles Davis, Frank Sinatra, Elton John, dan Rod Stewart.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Dalam dunia insurans kenderaan, terdapat perbezaan insurans yang sering disebut, iaitu insurans First Party dan insurans Third Party.Kedua-dua jenis perlindungan ini mempunyai fungsi dan...