Automotif

B-36 Peacemaker, Enjin Pesawat Yang Menggunakan Piston

Share

Asal Usul dan Rekaan

B-36 Peacemaker adalah salah satu ikon dalam sejarah penerbangan dunia, terkenal sebagai salah satu pesawat pengebom terbesar dan paling berkuasa yang pernah dibina.

Kredit Foto : Website planehistoria

Ketika di dibina pada tahun 1941, teknologi enjin jet masih berada di peringkat awal, menjadikan enjin piston sebagai pilihan utama untuk penerbangan jarak jauh.

Kekuatan Enjin Piston

Enjin yang digunakan dalam B-36 adalah enam unit enjin 28 silinder Pratt & Whitney R-4360 Wasp Major.

Enjin piston ini adalah antara yang paling kuat pada zaman itu dan memainkan peranan penting untuk mencapai jarak dan ketinggian yang diperlukan.

Kredit Foto : Website planehistoria

B-36 mempunyai keupayaan untuk terbang pada ketinggian yang sangat tinggi untuk pesawat berkuasa piston, hasil daripada reka bentuk sayap yang besar dan kekuatan enjin-enjin ini.

Ketinggian yang tinggi ini menjadikan pesawat tersebut sukar dicapai oleh kebanyakan pesawat pemintas dan sistem pertahanan anti-pesawat pada waktu itu, memberikan kelebihan pada pesawat ini.

Pergeseran kepada Teknologi Jet

Walau bagaimanapun, dengan kemajuan pesat dalam teknologi enjin jet, kekurangan kelajuan B-36 menjadi kelemahan yang ketara.

Jet pejuang yang baharu adalah lebih laju dan mula mendominasi langit, menyebabkan  B-36 sudah tidak relevan lagi.

Penyelesaian yang diambil adalah penambahan empat enjin jet kepada enam enjin piston yang sedia ada, menjadikannya pesawat dengan gabungan kuasa yang dikenali sebagai “enam berpusing, empat membakar.”

Kredit Foto : Website planehistoria

Enjin jet ini digunakan terutamanya semasa berlepas untuk meningkatkan daya angkat dan keupayaan muatan, serta memberikan peningkatan kelajuan ketika berada di kawasan sasaran.

Namun, penggunaan enjin jet adalah terhad kerana kecekapan bahan api yang lebih rendah berbanding enjin piston.

Simbol Adaptasi dan Inovasi

Pesawat ini bukan sahaja mampu mencapai jarak yang luar biasa, tetapi juga menunjukkan fleksibiliti dalam mengadaptasi teknologi baru untuk kekal relevan.

Gabungan enjin piston dan jet menunjukkan bagaimana B-36 berfungsi sebagai peralihan antara era kuasa piston dan kuasa jet, memainkan peranan penting dalam strategi pertahanan Amerika Syarikat pada era tersebut.

Kredit Foto : Website planehistoria

Dengan itu, B-36 tidak hanya mencatatkan sejarah sebagai pesawat pengebom terbesar, tetapi juga sebagai bukti kejuruteraan yang canggih.

Sumber Artikel : U.S Aviation Pilot

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi