Toyota Tamaraw Polis Filipina, Atoy Customs Perkenal Prototaip ‘Ultimate Police Package’

Share

Atoy Customs Bawa Toyota Tamaraw Versi Polis Prototaip Pakej ‘Ultimate Police Package’

Nama Toyota Tamaraw biasanya sinonim dengan trak ringan kerja lasak.

Namun kini, Atoy Customs mengubah wajah model utiliti ini dengan menghasilkan sebuah prototaip khas untuk kegunaan polis, lengkap dengan pelbagai peralatan taktikal moden.

Jika diluluskan, ia mungkin bakal menyertai armada rasmi Philippine National Police (PNP).

Kredit Foto : Atoy Llave

Armada Polis Filipina: Lebih Daripada Vios dan Hilux

Di jalanan Filipina, kenderaan peronda PNP lazimnya terdiri daripada Toyota Vios dan Hilux.

Selain itu, terdapat juga model lain seperti Mitsubishi Montero Sport

, Nissan NV350 Urban, Toyota Corolla Altis, dan Isuzu D-Max.

Dengan kemunculan Tamaraw versi polis ini, senarai kenderaan operasi pihak berkuasa mungkin akan menjadi lebih menarik.

Kredit Foto : Atoy Llave

Rekaan Baharu: Dari Single-Cab ke Crew-Cab

Perubahan paling jelas pada prototaip ini ialah transformasi daripada badan single-cab asal kepada badan crew-cab dengan tambahan bumbung tinggi berbentuk gelembung.

Walaupun sambungan ini menggunakan gentian kaca buat masa sekarang, jika mendapat lampu hijau daripada PNP, versi produksi akan tampil dengan binaan penuh logam.

Malah, tidak mustahil juga versi empat pintu ini bakal ditawarkan untuk kegunaan orang awam pada masa depan.

Kredit Foto : Atoy Llave

Lengkap Dengan Aksesori Taktikal

Atoy Customs tidak hanya sekadar menambah siren dan lampu kecemasan.

Tamaraw ini hadir dengan senarai kelengkapan penuh untuk kegunaan taktikal polis:

  • Gril hadapan rekaan khas

  • Bampar hadapan & belakang 3mm dengan push bar

  • Tow hitch bersama stepboard

  • Tayar Falken All Terrain

  • Rim Concept One

  • Suspensi Dobinsons

  • Dron bersama sistem kawalan Airport

  • Dashcam rakaman tiga arah

  • Laptop gred tentera dengan swivel mount

  • Sarung senjata panjang

  • Pemegang vest kalis peluru

  • Upholsteri khas untuk semua kerusi

  • Sekatan penumpang (prisoner partition)

  • Radio 800 megs

  • Livery rasmi PNP

  • Penutup ruang kargo (bed cover)

  • Sistem Stark Link

  • Pelindung tiang (pillar cover)

Kredit Foto : Atoy Llave

Asas Mekanikal: Lasak dan Terbukti

Prototaip ini diasaskan daripada Toyota Tamaraw long-wheelbase, dengan enjin 2.4 liter turbodiesel yang menghasilkan 148hp dan 400Nm tork.

Ia dipadankan bersama transmisi manual 5-kelajuan dengan pacuan roda belakang.

Buat masa ini, ia masih sekadar prototaip.

Kredit Foto : Atoy Llave

Namun, jika mendapat kelulusan rasmi PNP, tidak mustahil Tamaraw polis ini bakal menjadi rebutan anggota untuk digunakan dalam operasi seharian.

Dengan ketahanan mekanikal, kepraktisan rekaan dan kelengkapan moden, ia berpotensi menjadi kenderaan polis paling serbaguna di Filipina.

Kredit Artikel : TopGear Philippines

Baca Juga : Bentley Continental Supersports Baharu

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi