Aston Martin DB12 S, Grand Tourer Paling Agresif

Share

Aston Martin DB12 S, 690hp V8 Turbo

Aston Martin memperkenalkan satu lagi varian berprestasi tinggi dalam barisan model GT mereka iaitu DB12 S, versi paling berkuasa dan paling agresif setakat ini yang menandakan kesinambungan tradisi ‘S’ pada model keluaran jenama British ikonik tersebut.

Kuasa V8 Naik ke 690hp

Jantung utama DB12 S masih dikuasakan oleh enjin 4.0 liter V8 twin-turbo, namun telah dipertingkatkan sebanyak 19hp, menjadikan output keseluruhan mencecah 690hp bersama torque maksimum 800Nm. Hasilnya, kereta ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.4 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 325 km/j.

Kredit Foto : Website autocar

Walaupun peningkatan kuasa kelihatan kecil di atas kertas, Aston Martin menegaskan bahawa tumpuan utama bukan semata-mata angka, tetapi kepada peningkatan dinamik keseluruhan

, menjadikan DB12 S bukan sekadar pantas di garisan lurus, tetapi lebih tajam dan bertenaga di selekoh.

Enjin Lebih “Garang” Dengan Bunyi Eksklusif

Aston Martin turut memberikan DB12 S sistem ekzos baharu stainless-steel berprestasi tinggi yang lebih “potent”, sekali gus menghasilkan bunyi 1.5 dB lebih kuat berbanding model standard.

Kredit Foto : Website autocar

Simon Newton, Pengarah Prestasi Kenderaan Aston Martin, menjelaskan bahawa DB12 S ditala untuk memberikan “karakter baharu dengan prestasi yang lebih luas”, membolehkan pemandu merasai keseimbangan antara keselesaan GT dan ketangkasan sebuah kereta sport tulen.

Perubahan besar turut dilakukan pada bahagian chassis. Aston Martin memperkenalkan talaan penyerap hentak baharu, rear anti-roll bar yang lebih baik, serta sistem stereng yang dikalibrasi semula bagi meningkatkan keyakinan sewaktu mengambil selekoh dengan kelajuan tinggi.

Tujuannya jelas untuk memberikan “sense of agility” yang lebih kuat tanpa mengorbankan keselesaan grand tourer. Hasilnya, DB12 S dijangka memberikan pengalaman pemanduan yang lebih interaktif dan responsif.

Kredit Foto : Website autocar

Secara visual, DB12 S mudah dikenali berbanding versi standard menerusi empat muncung ekzos (quad pipes)

di belakang, bersama splitter hadapan baharu, bonet dengan liang udara (scoop) serta spoiler belakang tetap yang memberi sentuhan sporty dan meningkatkan kecekapan aerodinamik.

Bahagian hadapan kekal menonjol dengan gril besar dan garisan badan yang panjang  satu interpretasi moden terhadap gaya klasik Aston Martin, menggabungkan elegan dan kejantanan dalam satu pakej yang memukau.

Kredit Foto : Website autocar

Kabin: Sentuhan Mewah Dengan Identiti “S”

Masuk ke dalam kabin, DB12 S mempamerkan sentuhan khas yang membezakan dirinya daripada varian standard. Antara elemen baharu termasuk butang kawalan pemanduan berwarna merah, tali pinggang keledar merah, jahitan merah pada kerusi, serta sulaman logo “S” pada “head rest”.

Kredit Foto : Website autocar

Pelanggan boleh memilih antara kulit penuh, semi-aniline leather, atau balutan Alcantara dan setiap satunya dijahit dengan ketelitian tinggi, menonjolkan identiti “handcrafted luxury” yang sinonim dengan Aston Martin.

Sistem infotainmen kekal dengan antara muka baharu yang dilancarkan bersama DB12 tahun lalu, menampilkan paparan sentuh beresolusi tinggi dan integrasi penuh dengan Android Auto dan Apple CarPlay.

Kredit Foto : Website autocar

Aston Martin DB12 S akan ditawarkan dalam dua varian Coupé dan Volante (Roadster). Penghantaran pertama dijadualkan bermula pada awal tahun depan, dengan tempahan kini sudah dibuka di beberapa pasaran utama.

Walaupun harga rasmi belum diumumkan, DB12 S dijangka bermula sekitar £200,000 (lebih RM1.2 juta), sama seperti DB12 standard, bergantung pada konfigurasi pilihan dan spesifikasi tempatan.

Kredit Foto : Website autocar

Baca Juga : Aston Martin Cygnet, Kereta Kompak Enjin V8!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok. 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi