Aprilia telah menaik taraf motosikal super-naked Aprilia Tuono V4 2025, Tuono V4 dan Tuono V4 Factory untuk tahun 2025 dengan peningkatan enjin dan teknologi canggih yang menjadikannya lebih berprestasi tinggi.
Bukan sahaja kini dilengkapi enjin berkapasiti lebih besar, tetapi aerodinamik yang ditingkatkan serta pakej elektronik pintar yang lebih maju.
Perubahan ini memberikan Tuono kelebihan besar berbanding beberapa motosikal sukan pesaingnya.
Untuk memenuhi piawaian Euro5+ tanpa mengorbankan prestasi, kapasiti enjin Tuono V4 telah ditingkatkan dari 1077cc kepada 1099cc.
Ini menghasilkan peningkatan kuasa puncak daripada 172.5hp kepada 177.5hp, dengan tork maksimum kekal pada 89.3ft.lb – cukup untuk mengangkat roda depan bersaiz 17 inci.
Peningkatan kuasa ini dicapai melalui penggunaan throttle body berdiameter 52mm yang lebih besar dan sistem ekzos yang disemak semula.
Penempatan semula penukar katalitik juga membantu mengurangkan panas yang sampai ke penunggang, menjadikan perjalanan lebih selesa.
Walaupun casis Tuono tidak berubah, tetapi rangka motosikal ini hadir dalam warna hitam matte.
Seperti sebelumnya, model asas hadir dengan suspensi boleh laras sepenuhnya dari Sachs, manakala versi Factory dilengkapi dengan sistem suspensi semi-aktif Öhlins Smart EC 2.0.
Kedua-dua model kini menampilkan reka bentuk badan RSV terkini dengan sayap bertindih pada versi naked.
Ciri ini dapat meningkatkan daya beban menegak di hadapan sebanyak 2.5kg pada kelajuan 155mph.
Tuono V4 dan Tuono V4 Factory semakin terarah kepada fokus yang berbeza.
Model asas V4 khas untuk penunggang jalan raya yang sporty, manakala versi Factory direka untuk kegunaan ekstrem dengan fokus pada tunggangan di litar.
Versi Factory tahun 2025 kini dilengkapi dengan teknologi termaju sebagai standard, di mana beberapa ciri boleh dinaik taraf mengikut pilihan.
Dilengkapi dengan Aprilia Performance Ride Control (APRC) generasi terbaru yang merangkumi elemen adaptif dan ramalan.
Tuono V4 Factory menambah baik kawalan sudut ABS, kawalan cengkaman, up/down quickshifter, dan pelbagai peta enjin.
Ia juga didatangkan dengan Track Pack dan Comfort Pack sebagai standard.
Sebagai tambahan, ciri Aprilia Slide Control (ASC) dan kawalan wheelie (AWC) yang baru kini boleh ditingkatkan dengan kawalan pelayaran dan lampu sudut.
Pemilik Tuono V4 Factory boleh melangkah lebih jauh dengan Race Pack yang mempunyai fungsi tetapan sudut GPS, sementara Suspension Pack pula mempunyai tetapan suspensi mengikut sudut.
Diakses melalui platform multimedia Aprilia MIA, ciri ini juga berfungsi sebagai sistem log data yang boleh dimuat turun dan dianalisis selepas sesi tunggangan.
Kemaskini lain termasuk paparan grafik berwarna 5 inci yang dipertingkatkan, butang kawalan dengan lampu latar, dan kluster lampu belakang yang lebih mudah ditanggalkan untuk kegunaan di litar.
Tuono V4 Factory hadir dalam warna Dark Kraken, manakala Tuono V4 ditawarkan dalam Shark Gray atau Scorpion Yellow.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.