Automotif

ACO Tech Rai Ulang Tahun Ke-5 dengan Pratonton Penyelesaian Mobiliti Generasi Baharu

Share

ACO Tech Sdn Bhd, sebuah syarikat teknologi automotif Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2019 menyambut ulang tahun mereka yang ke-5.

Syarikat usahasama antara PROTON, ECARX, dan Altel Communications ini telah mencatatkan pencapaian penting dalam industri mobiliti pintar di Asia Tenggara.

Dalam acara tersebut, beberapa penyelesaian teknologi baharu telah diumumkan sebagai tindak balas kepada perubahan dan keperluan pengguna yang semakin berkembang.

Inovasi Baharu dalam Mobiliti Pintar

ACO Tech memperkenalkan versi terkini ATLAS, platform yang memaparkan keupayaan realiti maya (VR) yang kini menyokong Bahasa Melayu serta Bahasa Cina (Mandarin dan Kantonis).

Ini adalah satu langkah penting yang direka khusus untuk pengguna Malaysia.

Syarikat ini juga sedang membangunkan sistem tindak balas kecemasan e-Call dan komunikasi kenderaan-ke-kenderaan (V2V) yang didayakan dengan teknologi cloud.

Ini bertujuan untuk membantu pengguna yang menghadapi situasi kecemasan di jalan raya.

Baca Juga : Berhenti di Traffic Light, Guna Gear D, N atau P?

Untuk pengguna kenderaan elektrik (EV), mereka memperkenalkan satu ciri sentuhan melalui aplikasi built in yang memudahkan pencarian stesen pengecasan, pembayaran, dan perancangan perjalanan.

Pelancaran Kertas Putih dan Logo Baharu

Selain daripada pengumuman teknologi baharu, ACO Tech turut melancarkan Kertas Putih bertajuk “Application Scenarios and Data Governance of Connected Vehicles in Malaysia”.

Kertas ini menyediakan analisis terperinci mengenai teknologi kenderaan terhubung, termasuk perkembangan dalam 5G, kecerdasan buatan (AI), dan data raya.

Teknologi ini JUGA dapat mempertingkatkan keselamatan jalan raya dan pengurusan lalu lintas di Malaysia.

ACO Tech juga memperkenalkan logo baharu sebagai simbol visi syarikat untuk fasa seterusnya dalam inovasi mobiliti pintar.

Logo yang berbentuk bulat ini melambangkan penyambungan yang lancar dan kesinambungan perjalanan inovasi syarikat.

Huruf “A” yang menyerupai kenderaan dalam logo tersebut melambangkan mobiliti sebagai teras produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ACO Tech.

Pengiktirafan dan Sokongan Kerajaan

Majlis tersebut turut disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Tuan Chang Lih Kang.

Dalam ucapannya, beliau memuji dedikasi ACO Tech dalam membangunkan teknologi generasi akan datang yang dijangka memberi manfaat besar kepada industri dan negara.

Kerajaan Malaysia komited untuk terus menyokong syarikat teknologi seperti ACO Tech dalam memastikan negara berada di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi global.

Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Li Pu, menyatakan bahawa ulang tahun kelima ini adalah satu pencapaian penting bagi syarikat.

Beliau menegaskan komitmen syarikat untuk terus menggabungkan bakat tempatan dan antarabangsa dalam membangunkan teknologi yang memenuhi keperluan pengguna serta memberi manfaat kepada industri, pelanggan, dan negara.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Published by
Syafiq Syazuan Ruzaidi