Pahang memang lokasi terbaik untuk rider motosikal yang suka “Ride Layan Corner” dan nikmati keindahan alam.
Kalau anda semua tengah mencari lokasi lepak yang best hujung minggu ini, jom tengok 5 cadangan lokasi ride layan corner di Pahang ni!
Lebuhraya Karak adalah laluan utama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke pantai timur. Dengan selekoh-selekoh yang mencabar dan jalan raya yang baik, ia adalah laluan yang popular untuk rider motosikal.
Pemandangan hutan dan perbukitan di sepanjang jalan membuatkan perjalanan lebih menarik dan mengasyikkan.
Selain itu lebuhraya yang lebar dan luas menjadi salah satu faktor lokasi laluan ni sesuai untuk layan corner.
Genting Highland bukan setakat tempat pelancongan sahaja, tapi juga destinasi ride
yang padu. Dengan cuaca yang agak sejuk, ride pun tidak berpeluh.Jalan ke sini penuh dengan selekoh tajam dan pemandangan gunung yang memang cun habis. Memang perfect untuk anda yang suka cabaran!
Bukit Tinggi, terletak berhampiran Genting Highland, adalah satu lagi destinasi popular untuk rider.
Jalan menuju ke sini menawarkan selekoh yang mencabar dengan pemandangan indah hutan hujan tropika.
Di Bukit Tinggi, anda boleh singgah di Colmar Tropicale, sebuah resort yang menyerupai perkampungan Perancis yang unik.
Tempat ni memang sesuai untuk rehat seketika sambil menikmati suasana tenang.
Bukit Fraser ni port klasik untuk rider.
Jalan sempit dan berliku, pemandangan hutan hijau, memang best.
Ride kat sini memang cabar skill anda semua. Sampai puncak, udara sejuk dan pemandangan cantik menanti.
Cameron Highland terkenal dengan ladang teh dan cuaca sejuk. Laluan ke sini penuh selekoh tajam dan jalan berbukit, memang syok!
Boleh berhenti sekejap minum teh sambil nikmati pemandangan ladang teh yang luas.
Terdapat 2 laluan sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai. Bagi anda yang berkemahiran layan corner boleh menggunakan laluan Tapah kerana laluannya agak sempit dan selekoh yang begitu tajam.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.